27/01/2024
Collared Kingfisher (Todiramphus chloris)
Pekaka Bakau Biasa, Pekaka Pokok
Local Status: Very common resident
Conservation Status: Least Concern (BirdLife International 2019)
Pekaka boleh ditemui di mana-mana tidak kira di dalam hutan, kawasan paya, tepian pantai, pinggiran kota atau di taman-taman. Burung Pekaka menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keadaan persekitaran melalui beberapa cara yang membolehkan mereka untuk berkembang dalam pelbagai habitat yang berbeza. Berikut adalah beberapa cara di mana burung Pekaka menyesuaikan tingkah laku mereka:
1. Makanan: Burung Pekaka akan menyesuaikan cara mereka mencari makanan berdasarkan keadaan persekitaran. Di kawasan pantai, mereka mungkin mencari makanan di pantai berbatu atau berpasir. Sementara di kawasan sungai atau tasik, mereka mungkin mencari makanan di air yang tenang. Makanan kegemaran mereka seperti terdiri daripada ikan, udang atau ketam. Jika di darat, segala jenis serangga tidak terlepas menjadi jamuan pekaka. Katak dan biawak kecil juga tidak ketinggalan.
2. Pencarian tempat berteduh dan bersarang: Burung Pekaka akan mencari tempat berteduh dan membuat sarang mengikut keadaan persekitaran yang sesuai, sama ada di celah-celah tebing pantai, di hutan tebal, atau di kawasan sungai yang sunyi. Lubang pada pokok atau lubang sarang bekas burung lain juga menjadi pilihan pekaka. Pekaka akan menjadi lebih garang dalam waktu penyarangan. Mereka akan mempertahankan sarang sehingga sanggup menyerang penceroboh yang cuba mendekati sarang mereka.
3. Komunikasi: Burung Pekaka juga akan menyesuaikan cara mereka berkomunikasi berdasarkan persekitaran. Mereka mungkin menggunakan suara yang berbeza-beda untuk berkomunikasi di kawasan yang berbeza. Ada enam hingga tujuh jenis suara unik pekaka, daripada bunyi seperti hilaian sehinggalah kepada "krek krek krek". Semua bunri ini memainkan peranan yang penting, sama ada memberitahu pasangan tentang kehadiran mereka atau memberi amaran pencerobohan.
4. Perlindungan diri: Dalam keadaan persekitaran yang berbeza, burung Pekaka akan menggunakan perlindungan diri yang berbeza, seperti menggunakan latar belakang yang sesuai untuk menyembunyikan diri dari pemangsa. Pekaka juga sering melakukan penerbangan rendah ke arah yang lebih jauh daripada sarangnya untuk mengaburi penceroboh.
Dengan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan keadaan persekitaran, burung Pekaka dapat memaksimumkan peluang untuk mendapatkan makanan, bersarang, dan memastikan kelangsungan hidup mereka dalam pelbagai habitat yang berbeza.
Banyak pandangan dan ilmu lain yang akan dikongsikan dalam lain kesempatan. Hal penyesuaian diri dibincangkan kerana foto yang dipetik ini memperlihatkan si Pekaka yang menerjah ke dalam air di sebuah pantai berpasir untuk menombak seekor ketam. Petikan hanya sempat merakam aksi selepas penerjunan dan sebelum si Pekaka meloncat terbang semula untuk menjamu selera di timbunan batu berdekatan.
Sebuah pantun yang dipetik daripada Kurik Kundi Merah Saga dapat kita lihat bagaimana falsafah orang Melayu menggunakan motif 'Pekaka' dalam sebuah pantun nasihat:
Ikan haruan haruan di dalam lubuk,
Helang pekaka hinggap di dahan;
Sarang tebuan jangan dijolok,
Lebam muka celaka badan.
Terima kasih kerana membaca coretan ini. Sekiranya ada pandangan selain daripada apa yang dibincangkan di atas, silalah berikan komen.
27 Jan 2024