22/06/2022
DANGAU TUNGGU DURIAN
Kredit Sidie Kdk
DANGAU atau pondok kebiasaannya akan dibina didlm dusun. Kami lebih s**a menyebut dangau.
Dahulu dangau yg dibina tidak lah seperti sekarang. Biasanya dibina dari anak2 kayu hutan, buluh bukit yg dianyam sebagai dinding serta beratapkan nipah atau bertam.
Aku dibesarkan ditgh sawah ladang yg berdekatan dengan pantai, sementara dusun berada diperbukitan sana. Jauh kedapatanya, lagipun keluarga aku terlalu miskin, tak punya walau sejengkal tanah dusun. Buah2 kayu seperti Durian, Cempedak, Rambutan dll bagi keluarga kami pada masa itu adalah barang mewah yg mahal utk kami dinikmati. Memang susah nak merasa walaupun sekali dlm setahun.
Ada juga saudara mara dan kenalan yg punya dusun yg mempelawa ke dusun mereka setiap kali musim buah, namun seringkali juga pelawaan itu ditolak kerana bimbang di gelar sebagai ' Keluang Padang' . Waktu itu 'Org Bendang' yg s**a merayau ke bukit ketika musim buah kayu masak di gelar dgn gelaran ' Keluang Padang' oleh sesetengah org bukit.
Kerana rasa malu maka pelawaan itu ditolak dgn baik. Namun kalau waktu sekolah aku pergi juga ke dusun bila dipelawa oleh rakan aku yg ada dusun. Kami akan bermalam di dangau menunggu durian luruh. Kebiasaannya durian akan 'jujuh' luruhnya di waktu malam hari.
Dapatlah juga aku merasa nikmatnya tinggal di dusun yg sunyi sepi. Suasana itu tidak dpt aku bayangkan. Tidur mlm bertemankan lampu minyak tanah, makan nasi diatas pelenggar dangau di tgh dusun. Masakan yg ringkas tapi menyelerakan.
Suara simfoni alam berkumandang dlm dinginnya cuaca jagat raya. Kicauan unggas dgn diselang seli lolongan lutong, nyanyian syadhu Riang2 bukit begitu mendamaikan.
Serasa tubuh dan alam bertaut menjadi satu, bilamana segarnya bau hutan membaluti tubuh. Desiran air meredah bebatuan dianak sungai berhampiran dangau seakan bisikan sang dara yg menguliti jiwa.
Sudah terlalu lama kenangan tentang kedamaian itu tidak bisa ku kecapi lagi. Dangau di tgh dusun akan terus berkisah biarpun setahun cuma sekali didatangi dan dihuni..selebihnya cuma sepi yg membungkam rasa..
By Sidie Kdk®