Hoohaa studio

Directions Website Contact the business

Hoohaa studio Exploring places • Capturing feelings 🎬 gerak dulu geng, papahal roger ✈️😁✌️

07/09/2026

Lama rasanya tak post masuk hutan, kali ni nak share experience kali ke 2 masuk hutan sorang2 bawah kaki gunung ledang.. fuuh ada cerita geng 😱 video ni bakal muncul di youtube hoohaa jugak.. jeng jeng jeng.. 😜

Iyaayie bila nk masuk hutan ni? 😜

Kadang2 tu aku terpikir, sejahat mana manusia,sebesar mana dosa kita, Allah tu maha pengasih, Maha penyayang.. MasyaAlla...
19/08/2026

Kadang2 tu aku terpikir, sejahat mana manusia,sebesar mana dosa kita, Allah tu maha pengasih, Maha penyayang.. MasyaAllah rezeki di jemput ke rumah Allah, trip kali ni sangat lain geng.. sepanjang aku buat video ni, tak sangka dari hobi boleh bawak sampai ke tanah suci.. 😭
Aku cuba capture setiap moment perjalanan aku pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci dan buat Haji.. 😅 harap video ni dapat manfaat dan buat setiap viewers semangat untuk berusaha ke tanah suci. Serious wei, berbaloi sangat2..
Banyak cabaran untuk aku, dari sebelum pergi, sampai dekat tanah suci, seterusnya sampai balik ke tanah air.. Allah je yang tau, harap video ni dapat kongsi pengalaman indah sepanjang mengerjakan haji dan kongsi dengan korang tempat2 best dekat sana.. MasyaAllah Tabarakallah
*full video di ruangan komen geng 🤭

18/08/2026

Allahu 2 bulan siapkan video ni 😅 semoga perkongsian perjalanan ke tanah suci untuk aku yang pertama kali menghadap Kaabah ni bermanfaat untuk semua. MasyaAllah.. Allah dah susun semua perjalanan ni. Aku bersyukur sangat terpanggil untuk ke rumah Allah bukan saja buat Umrah, terus dapat buat ibadah Haji 😭 MasyaAllah syukur sangat2..
Edit video ni paling touching sebenarnya, setiap moment tu penuh bermakna buat aku, serious geng. Aku tak pernah edit video mcm ni.. feeling dia deep wei 😅
Harap korang enjoy dan dapat manfaat dari video ni la ye 🥰🙏 semoga yang tengok video ni satu hari nanti di panggil ke rumah Allah.. Amin..
Full video di youtube channel 📺 hoohaa | hari rabu 📆19/8/2026 | | jam 🧭 6pm

Akhirnya setelah sekian lama tak upload video geng 😂🙏Ada trip yg tak dapat dielakkan hehe lama pulak tu, korang tengok d...
17/07/2026

Akhirnya setelah sekian lama tak upload video geng 😂🙏


Ada trip yg tak dapat dielakkan hehe lama pulak tu, korang tengok dekat hujung video ni nanti tau ke mana aku menghilang selama 2 bulan 😜 hehe


Papahal pun trip geopark kali ni syiok wei, banyak tempat baru aku pergi ngan geng2 indonesia. Hope korang enjoy la ye video ni. Lama tak edit long video sebenarnya 🤭😅 jadi kekok sekejap haha..


Selamat menonton geng, terima kasih support 🙏☺️ hooooohaaaaa…



Ramai orang tak tau sebenarnya negara jiran sebelah kita ni jer ada...

14/07/2026

Dah lama rasanya tak keluar video.. 😅
kali ni trip dengan pelancongan indonesia explore tempat hidden gems geopark Danau Toba... ✈️

dieorang bawak aku tempat best yang korang WAJIB try bila sampai dekat Sumatera Utara, Indonesia.. ☺️

serious Geng aku kaget 😱 rupanya ada tempat gempak dekat sana. aku pun baru tau wei..

jemput tengok full video dekat YouTube channel : Hoohaa

hari jumaat ni (17/6/2026) jam 6pm geng



09/06/2026

Hari ini di Mina.

Berjalan dalam lautan manusia, melontar jamrah dengan penuh syukur. Penat memang penat, tapi setiap langkah terasa begitu bermakna.

Moga segala yang tidak baik dalam diri ditinggalkan di sini, dan yang dibawa pulang hanyalah hati yang lebih dekat dengan Allah.

🤍🕋

Taif… 😭Korang bayangkan mcm mana dulu Rasullallah ﷺ  dihina di rejam dengan batu di tolak ajaran agama islam oleh pendud...
03/06/2026

Taif… 😭


Korang bayangkan mcm mana dulu Rasullallah ﷺ dihina di rejam dengan batu di tolak ajaran agama islam oleh penduduk Taif, dan Allah tanya Ya Rasulullah, nak diterbalikkan gunung Taif yang besar tu sampai musnah seluruh orang taif? Tapi Rasulullah berdoa supaya bagi peluang untuk orang taif dan doa untuk orang taif terbuka hati terima Islam.. MasyaAllah.. baginda Rasulullah ﷺ sangat mulia walaupun baginda di rejam sampai menitis darah baginda di bumi Taif, tetap berdoa yang baik untuk penduduk Taif… 😭😭


Kisah ni berlaku pada tahun 9 kenabian di mana tahun tu lah tahun paling sedih buat Rasulullah ﷺ isteri baginda wafat, siti khadijah dan abu talib (pakcik yg membesarkan Rasulullah) pun meninggal pada tahun yang sama.


Korang bayangkan betapa sedihnya ya Rasulullah saat tu 😭. Banyak kisah dan cerita nak share tapi panjang pulak nak type, nanti insyaAllah once video dah siap korang boleh tengok kat youtube hoohaa ye 🙏

29/05/2026

Panggilan Allah ke bumi Arafah.. Hanya yang pernah berpijak di bumi Arafah faham perasaan ni 😭 ya Allah sayu terasa saat matahari terbenam..

28/05/2026

Kebaikan di Bumi Makkah.. MasyaAllah…

Alhamdulillah.. aku dah jejak kaki ke bumi Arafah.. MasyaAllah.. suasana di mana umat islam seluruh dunia berkumpul dan ...
26/05/2026

Alhamdulillah.. aku dah jejak kaki ke bumi Arafah.. MasyaAllah.. suasana di mana umat islam seluruh dunia berkumpul dan menanti waktu wukuf di Arafah.


InsyaAllah waktu berdoa bermula saat matahari tergelincir (dzuhur) semingga saat matahari terbenam (maghrib). Terasa debaran…


Korang yang nk kirim doa melalui whatsapp takut xsempat nk baca, nanti aku akan scroll dalam ruangan comment dekat sini. InsyaAllah.. 😊🙏


Address

12a, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hoohaa studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hoohaa studio:

Shortcuts

Share