Berita Jurugambar

Berita Jurugambar Sebuah website fotografi berbahasa melayu di Malaysia, berkongsi info-info menarik dan berita yang b

Selamat Tahun Baru 2024Terima Kasih Tahun 2023
31/12/2023

Selamat Tahun Baru 2024
Terima Kasih Tahun 2023

Pasar FOTO Wadah Karyawan FotografiPasar Foto adalah satu idea yang terhasil daripada perkongsian lima sahabat fotografi...
20/12/2023

Pasar FOTO Wadah Karyawan Fotografi

Pasar Foto adalah satu idea yang terhasil daripada perkongsian lima sahabat fotografi iaitu saudara Mohd Shamsi Sumairi (Shamsi Mohd), Ahmad Sabri Harun (Ahmad Sabri Harun), Mazlan Moammad Jali (Mazlan Mohammad Jail), Afzan Abdullah (ChotTouch KL) dan Puan Salliza Salleh (Matsuda Mashimaru). Sebahagiannya merupakan AJK ASFON WP dan AJK FJM (Fotografi Jalanan Malaysia) kolaborasi bersama saudara Amin pemilik Kedai Makan Buzz di River of Life, Kuala Lumpur. Ideanya bermula apabila pertanyaan timbul dari kalangan sahabat-sahabat yang menghasilkan gambar foto yang sangat menarik yang mempunyai nilai komersial tetapi akhirnya tependam di dalam komputer dan juga hard disk. Memang agak sukar untuk menterjemah jualan karya-karya fotografi di pinggiran atau di kaki lima jalan di Malaysia. Sehingga kini belum ada ruang sebegini untuk mempamir serta menjual hasil karya-karya fotografi di Kuala Lumpur.

Pasar Foto merupakan wadah atau tempat untuk mempamer dan menjual karya-karya fotografi dengan harga mampu milik. Kami menjemput karyawan-karyawan fototografi seluruh Malaysia untuk mempamer serta menjual mengikut standard yang ditetapkan agar karya-karya yang akan dibeli mempunyai nilai prestij. Pelbagai saiz gambar foto dari sekecil saiz poskad sehingga saiz A0 akan dipamer dan dijual. Medium atau bahan untuk cetakan adalah bervariasi daripada kertas synthetic, kertas foto dan juga kanvas. Karya gambar foto adalah berkonsepkan Keindahan Malaysia (Beautiful Malaysia) dari pelbagai sudut, iaitu kehidupan masyarakat malaysia (lifestyle), fotografi jalanan (street photography), portrait (portraiture), alam semulajadi (nature), minimalis (minimalism), arkitektur (architecture), makro (macro), hitam putih (black& white) dan sebagainya.

Pasar Foto bukan sahaja mempamer atau menjual karya-karya foto tetapi ianya juga akan menjemput jurufoto yang ingin menjual buku fotografi, produk-produk fotografi seperti filem fotografi, peralatan fotografi, kamera vintange ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan fotografi. Tagline Selling Moments, Stories & Dreams adalah rangkuman yang ingin kami tonjolkan untuk kemudahan semua jurufoto menjana ekonomi untuk kelestarian kehidupan yang semakin mencabar khususnya yang bergiat di dalam industri Media Kreatif (fotografi).

Program Pasar Foto buat pertama kali akan diadakan pada hari Sabtu 23 Disember 2023 dengan melibatkan 12 karyawan. Pasar Foto akan dilaksanakan setiap bulan bermula pada 2024 di perkarangan Makan Buzz di River of Life, Kuala Lumpur mengikut jadual yang akan ditetapkan. Perkarangan Makan Buzz merupakan satu ruang yang kami fikirkan boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara untuk melihat karya-karya fotografi lokal yang bertaraf global. Kadar harga yang Pasar Foto tetapkan adalah yang mampu milik dan memiliki standard global.

Oleh :
Mohd Shamsi Sumairi
19 Disember 2023

https://jurugambar.com/pasar-foto-jilid1/

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan, semoga amalan kita diterimaNya..
24/03/2023

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan, semoga amalan kita diterimaNya..

17/06/2022

Reno Academy the monthly portrait photography is back with June's edition: "Happiness in Portrait".
Happiness is contagious. Pass it on to others by sharing the happy moments you’ve had with your loved ones! Here's how you can join the contest:
1️. Capture a happy moment with your friends/family in portrait using your smartphone.
2️. Post your portrait, tag along with & (this hashtag is only for OPPO users).
3️. Make sure your account is public.
4. Feel free to submit more than 1 portrait! We’ll be selecting 5 winners from here.

PRIZES:
🏆 1st Best Photo: OPPO Reno7 5G & RM500 Cash
🏆 2nd Best Photo: OPPO Watch Free & RM300 Cash
🏆 3rd–5th Best Photo: OPPO Enco Air 2
Period: 16th June - 5th July. Winner announcement 11th July 2022 at OPPO's Instagram.

Submit now before 5th July 2022!
Contest T&C: https://bit.ly/RenoAcademy_Info

by , with .

15/06/2022

A conversation with Brazilian photographer Sebastião Salgado about his epic photo essay on the Amazônia nine years in the making.

15/06/2022

The two programs are nearly identical now.

15/06/2022

Taking a page out of Picsart's playbook.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Berita Jurugambar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Berita Jurugambar:

Share

Category