20/08/2026
Mencari tempat letak kenderaan di kota Skopje ini agak mencabar dengan kenderaan Opel Vario yang saya pandu memandangkan laluan dalam garaj kenderaan bertingkat pusat membeli belah yang sangat sempit.
Dengan gear kereta manual dan tanpa sensor pengesan di belakang, memang menguji kemahiran memandu saya.
Akhirnya dengan bantuan ahli kembara yang berjaga di belakang kereta, dapat saya memuatkan kenderaan itu kemas di dalam petak parkir yang sempit itu.
Ketika kami dalam perjalanan keluar dari garaj parkir setelah meletak kenderaan, menuju ke pintu masuk bangunan pusat membeli belah itu, kami melalui beberapa buah kedai kelihatan seperti butik pengantin.
Di hadapan sebuah kedai butik itu, kelihatan tuan kedai itu seperti memberitahu sesuatu.
Dengan isyarat tangan seperti meminta kami menunggu, dia berlari keluar ke pintu kedainya.
"Assalamualaikum.." Sapa beliau tersenyum.
"Waalaikumsalam.."
"Where are you from?" tanyanya lagi.
"Malazie.." jawab kami tersenyum..
"MasyaAllah.. have a nice trip.." Kelihatan mereka gembira bertemu dengan kami sambil melambaikan tangan dengan memberi isyarat bagus.
Di Skopje ni agak ramai juga masyarakatnya beragama islam.
Selain dari taukeh butik itu, beberapa kali juga kami ditegur dengan salam. Ramai muslim di sini.
Mengikut statistik, 33% rakyatnya beragama islam. Agak banyak juga kedai makan halal di sini. Namun majority adalah penganut Kristian Orthodoks sekitar 64%.
Pop**asi rakyatnya sekitar 2.1juta sahaja. Itu juga sebab kenapa memandu di Skopje nii agak tenang berbanding bandar2 besar yang lain yang pernah saya lalui.
Keluasan Macedonia Utara ini sekitar 25,713km persegi. Sebagai perbandingan, ia hampir seluas negeri Perak yang berkeluasan 20,976km persegi.
Cuaca di Skopje agak nyaman ketika ini. Orang-orangnya juga agak peramah. Seringkali kami ditegur di tengah perjalanan ketika sesi photoshoot.
Jom ikut kami 2027, kita terokai Balkan 5 Negara bersama Lensa Kembara. Cepat2 click link ni 👇 dan whatsapp Admin untuk dapatkan details pakej 💐
🟢http://www.wasap.my/+601165328082/BalkanAutumn
🟢 http://www.wasap.my/+601165328082/BalkanAutumn
(NO. MOTAC KPK/LN: 11400)
Admin