6th Division Skyline

Call Directions Website Contact the business

6th Division Skyline Tujuan dan misi adalah untuk memperkenalkan keindahan sekitar Bahagian Sarikei.

Memaparkan gambar-gambar yang dirakamkan menggunakan 'drone' di seluruh "Bahagian Keenam" yang merangkumi Sarikei, Bintangor, Meradong, Julau, Pakan, Selalang juga Sare.

"LUSONG LAKU, BELAGA"Beginilah gambaran dari udara suasana di Lusong Laku, Belaga yang terkenal dengan O'ong Pejik atau ...
19/10/2026

"LUSONG LAKU, BELAGA"

Beginilah gambaran dari udara suasana di Lusong Laku, Belaga yang terkenal dengan O'ong Pejik atau "Mini Niagara Fall Malaysia". (Gambar drone)

Sayangnya hujan lebat sebelum itu membuat air agak keruh tetapi menurut beberapa pengunjung yang pernah ke sana jika musim kemarau, airnya jernih dan nampak batuan di sungai/jeram.

Gambar ini admin rakamkan pada tahun 2023 dan di dalam gambar terdapat homestay, klinik kesihatan, gereja, sekolah dan lain-lain. Rumah panjang kaum Penan p**a admin tak sempat masukkan dalam gambar. 🙏

fans

19/10/2026

Selamat pagi. Tengah berfikir nak cari lokasi sekitar Sarikei untuk di update pada minggu ini. Any idea?? 😊😊

Yang rindu nak tengok sunset di Sarikei seperti ini, kita kumpul sini 😀 fans
18/10/2026

Yang rindu nak tengok sunset di Sarikei seperti ini, kita kumpul sini 😀

fans

Sikpa Rifdean Masdor walaupun kalah, u still THE BEST 💪
17/10/2026

Sikpa Rifdean Masdor walaupun kalah, u still THE BEST 💪

16/10/2026

Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang merupakan sebuah jambatan yang merentasi Sungai Batang Rajang di Sarikei.

Jambatan ini merupakan salah satu nadi yang menghubungkan penduduk dari Daerah Tanjung Manis dan Daro serta Pulau Bruit untuk ke Sarikei atau pun ke Pan Borneo menuju ke destinasi lain seperti Saratok, Betong, Sri Aman, Serian dan Kuching.

Jalan rentas singkat ini dirasmikan pada 17 Mei 2025 oleh Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Sementara itu Jambatan Batang Paloh bakal dibuka untuk orang awam pada 30 Oktober 2026 sekaligus melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai Sarawak.

Berikut adalah beberapa keping gambar yang admin rakamkan sebelum ini.

Capture via: DJI AIR 3S

15/10/2026

"Boleh tahan tinggi"

Admin dimaklumkan sebelum sampai ke SK Ulu Entabai, anda kena melalui bukit tinggi ini yang berada sekitar 300 meter dari aras laut. Namun jika menggunakan laluan lama (jalan lama) terdapat satu lagi bukit yang lebih tinggi dari ini sebelum sampai ke SK Ulu Entabai.

Dahulu, pekerja di tapak ini bekerja siang dan malam bagi memastikan projek mereka berjalan lancar mengikut jadual yang ...
15/10/2026

Dahulu, pekerja di tapak ini bekerja siang dan malam bagi memastikan projek mereka berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan. Kini bangunan ini gah berdiri menjadi salah satu landmark Sarikei.

"Jalan Spur Sare, Sarikei" (Mohon baca hingga habis untuk pemahaman maksud Jalan Spur) Satu laluan baharu iaitu Jalan Sp...
14/10/2026

"Jalan Spur Sare, Sarikei" (Mohon baca hingga habis untuk pemahaman maksud Jalan Spur)

Satu laluan baharu iaitu Jalan Spur sepanjang 2.7 kilometer dari Sare sedang dalam pembinaan pada masa kini.

Maksud Jalan Spur adalah satu laluan yang dibina di mana ia nanti akan mempunyai penghujung jalan (jalan mati).

Namun jalan ini tidak akan berakhir di situ apabila satu laluan baharu akan dibina menghubungkan Taman Susur Jambu ( Sentebu) dan Jalan Spur, Sare ini kelak.

Seterusnya jalan baharu lagi akan dibina untuk menghubungkan ke Bukit Kinyau dari Jalan Spur Sare.

Apa yang menariknya dengan pembinaan jalan ini kelak, penduduk Sare dapat memendekkan masa dari 30 minit ke 10 minit untuk ke sekitar Sarikei terutamanya di kawasan Taman Susur Jambu atau Hospital Sarikei.

Capture via: DJI AIR 3S

14/10/2026

Ujan lebat menua Serikai diatu... Aikkkk 🤭🤭🤭

"What do you see in Ulu Entabai?"Berikut antara beberapa buah rumah panjang dan juga rumah persendirian yang terdapat di...
14/10/2026

"What do you see in Ulu Entabai?"

Berikut antara beberapa buah rumah panjang dan juga rumah persendirian yang terdapat di sekitar SK Ulu Entabai. RUMAH LAST sekali tu siapa yang tahu 🤭🤭🤭

Capture via: DJI AIR 3S

Address

Jalan Abdul Rahman
Sarikei
96100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 6th Division Skyline posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 6th Division Skyline:

Shortcuts

Share

Category