15/10/2026
5 SOALAN WAJIB TANYA BEFORE KORANG BOOKING PHOTOGRAPHER UNTUK MAJLIS 💍
Nak kahwin sekali seumur hidup, tapi gambar kahwin biarlah boleh tengok sampai anak cucu. ❤️
Sebelum korang booking photographer, jangan tengok harga semata-mata. Ada beberapa perkara penting yang korang kena tahu supaya tak menyesal kemudian hari.
1. “Photographer ni guna style photography yg macam mana?”
Setiap photographer ada identiti tersendiri. Ada yang s**a gaya candid, ada yang fokus pada posing, ada yang lebih kepada cinematic atau editorial.
Pastikan korang betul-betul s**a hasil kerja mereka. Sebab selepas majlis selesai, gambar yang dah siap tu bukanlah sesuatu yang mudah untuk diubah mengikut citarasa korang.
2. “Apa sebenarnya yang termasuk dalam pakej?”
Jangan malu nak tanya detail! Berapa jam coverage? Berapa keping gambar akan diberikan? Dapat semua softcopy ke? Ada photobook, frame, sneak peek atau second photographer?
Biar semuanya jelas dari awal. Jangan sampai hari majlis baru tahu apa yang korang sangka termasuk dalam pakej, rupa-rupanya tak ada. 😅
3. “Ada caj tambahan yang saya perlu tahu?”
Harga pakej nampak menarik, tapi cuba semak kalau ada caj tambahan untuk pengangkutan, penginapan, overtime atau servis lain.
Kalau boleh kita nak elakkan situasi under bajet contohnya kos asal RM1,000, tiba-tiba kena tambah lagi beberapa ratus ringgit. Biar semuanya terang dan jelas sebelum booking.
4. “Bila saya akan dapat gambar yang dah siap?”
Ada photographer yang siapkan gambar dalam beberapa minggu, ada juga yang mengambil masa lebih lama bergantung pada pakej dan musim kenduri.
Tanya tempoh delivery yang realistik dan pastikan korang faham bila gambar akan diterima. Lagi-lagi kalau korang dah tak sabar nak post gambar kahwin dekat Facebook 😂
5. “Kalau photographer sakit atau tak dapat hadir pada hari majlis, macam mana?”
Ini soalan yang ramai terlepas pandang.
Kita semua merancang, tapi kadang-kadang perkara di luar jangkaan boleh berlaku. Jadi, tanya siap-siap sama ada photographer mempunyai backup plan atau photographer pengganti sekiranya berlaku kecemasan.
Majlis kahwin bukan boleh ulang ses**a hati. Sebab tu penting untuk tahu siapa yang akan memastikan momen korang tetap dirakam.
━━━━━━━━━━━━━━
Kesimpulannya…jangan pilih photographer based on siapa yang paling murah, tetapi pilih siapa yang boleh dipercayai untuk merakam momen paling bermakna dalam hidup korang.
Harga tu kita bayar sekali, tapi gambar itulah yang akan kita tengok berulang kali bertahun-tahun kemudian. Jadi, pilih dengan bijak ye
Kepada bakal pengantin, save post ni dulu! Nanti bila nak booking photographer, boleh jadikan checklist. 😉