01/01/2020
Selamat Tahun Baru 2020
Wawasan 2020 dahulu apabila diumumkan oleh Perdana Menteri kita bagi saya cukup membuat saya begitu bersemangat utk menjadikan tahun 2020 sebagai anjakan paradigma kepada mentaliti dan usaha kita ..
Pada waktu ianya di umumkan saya pada waktu itu hanya mampu berangan angan bahawa pada tahun 2020 saya akan berada didalam suasana wawasan tersebut ..
Alhamdulillah ONEXOX SDN BHD telah pun mencecah angka
1 billion jualan dan berjaya berada didalam industri BIG BOYS di arena Telekomunikasi ..
Dengan 165 juta ringgit telah dikongsikan kpd rakan rakan niaga yg rata rata merupakan rakan niaga baru dgn modul perniagaan yg berbeza ..
Cabaran sebagai syarikat bumiputera sangat sangat mencabar apabila kredibiliti serta persepsi masyarakat masih kritikal dgn the power of Branding yg nyata menjadi kuasa syarikat syarikat yg mempunyai dana yg besar ..
Pada tahun 2019
Total Prepaid Activation: *560,035*
Total Black Activation: *193,286*
Total Revenue:
*RM 289,102,671.47*
Total New Dealer: *11,450*
Alhamdulillah rekod baru telah dicipta selama
5 tahun berturut turut menunjukkan kekuatan produk menjadi teras kejayaan kecil ini ..
Saya dengan rendah diri bersama sama TEAM ONEXOX SDN BHD dan XOX MOBILE ingin memohon maaf diatas kekurangan serta ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua rakan niaga kami dan serta pelanggan pelanggan kami ...
Jom kita jadikan 2020 sebagai Tahun kegemilangan kita bersama ...
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru sekali lagi
📳 Farid Shamsudin
2020 - 2030