05/01/2024
Resepi Yong Tau Foo
Resepi Kuah Hitam
2 sudu besar Taucho Jalen
3 sudu besar kicap pekat Jalen
3 sudu besar sos tiram Jalen
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
3 cwn air
1/2 keping nisang / gula melaka ( hiris halus)
-
Cara2 Nya
1. Masukan semua dlm blender.. blender bagi taucho halus Dan lumat,
2. Dah siap blender masak atas dapur sehingga kuah pekat, sentiasa kacau ye supaya kuah tidak berketul, api jangan kuat sangat. . Bila kuah dah pekat tutup api ye. .
-
Rasepi Kuah Merah
🌸1/2 cawan kacang tanah yg di sangai sehingga masak.
🌸1 sudu besar tepung gandum
🌸1 sudu besar tepung jagung
🌸5 sudu besar gula
🌸3 cawan air
🌸1 sudu kecil garam
2 sudu besar cili kering blender
2 sudu besar sos cili Jalen
2 ulas bawang putih ( bwg diketuk)
Sedikit minyak masak utk menumis
Cara2 nya
1. Blender semua bahan Yang bertanda 🌸 sehingga kacang tanah betul2 lumat. .
2. Panaskan sedikit minyak Dan tumis 2 ulas bawang putih yang diketuk.. Masukkan cili kering Dan sos cili jalen. Tumis Sehingga naik bau Dan cili masak ye. .
3. Selepas itu masukkan bahan2 Yang di blender td, masak sehingga kuah sedikit pekat...dah cukup rasa boleh lah tutup api gas. .
Celur sosej, bebola Dan apa2 sahaja ye sehingga masak, dah masak boleh potong2..
Bahan2 sampingan, kangkung celur sampai layu, bijan sangai sehingga keperangan, boleh juga letak kacang tanah Yang dihancurkan. .
Letak kuah hitam Dan kuah merah diatas bebola Dan sosej, tabur bijan Dan kacang tanah hancur, sedia utk dimakan. .
Semoga rasepi nie bermanfaat, selamat mencuba 🤗
-
Credit : Nor Khomariah Norrohman