Jalan2 Cari Ilmu

Jalan2 Cari Ilmu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalan2 Cari Ilmu, Pengkalan Cepa.

22/10/2025

Ilmu ikat aiskrim.. skill dewa ni

I gained 66 followers in the past 90 days! Thank you all for your continued support. I could not have done it without yo...
22/10/2025

I gained 66 followers in the past 90 days! Thank you all for your continued support. I could not have done it without you. 🙏🤗🎉

26/09/2022

KETIKA ditanya betulkah anak-anak muda sekarang tidak hiraukan politik, seorang usahawan muda menjawab, tidak semuanya begitu.

26/09/2022

RAMAI juga yang bertanya kenapa PAS isytiharkan PH musuh utamanya sedangkan bukan PH yang memerintah? Kenapa bukan BN? Persoalan ...

24/09/2022

PH MASUK PERANGKAP 'CHECKMATE'

Dua artikel Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH) telah menyebabkan Pakatan Harapan (PH) terloncat-loncat. Lebih teruklah loncatan mereka daripada penonton konsert di Kelantan.

Isu pertama, umpan TGHH berkenaan majoriti pemberi rasuah adalah dalam kalangan bukan-Bumiputera.

Umpan dimakan. Habis bangkit pemimpin DAP marah kepada TGHH dan macam biasa burukkan imej TGHH dan PAS dengan wajah rasis.

Sekali dikeluar data dan fakta kajian, bahawa memang pemberi rasuah di Malaysia untuk tahun 2010-2014 adalah ramai dari kalangan bukan-Bumiputera.

87.97 peratus pemberi rasuah (57.46 peratus adalah Cina, 30.51 peratus adalah India dan lain-lain) adalah bukan dari kalangan orang Melayu. Checkmate! Mati kutu dan mati akal geng PH nak membalas.

Sebelum ini kita dimomok-momokkan bahawa orang Melayu kuat rasuah, rupanya pemula dan pemberi rasuah adalah dari kalangan bukan-Melayu.

Betullah apa yang ditulis oleh TGHH. PH terperangkap, checkmate!

Isu kedua, TGHH campak umpan lagi dengan tulisan ramai dari kalangan PH tak beriman. Sekali lagi, umpan mereka ‘ngap’. Kecoh p**a PH, pimpinan PAN pun terkinja-kinja lebih dari tonton konsert Wings.

Kata depa inilah bukti PAS amalkan budaya takfiri, ekstremis bla bla dan bla. (Menguap)

Sekali lagi dikeluarkan fakta, dalam web Parlimen terdapat seramai 90 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan. 55 daripadanya bukan-Islam dan 35 adalah Muslim.

Bersamaan 61.11 peratus dari kalangan Ahli Parlimen PH adalah bukan-Islam. 61 peratus ini ramai ke sikit?

Maka tiada yang salah dari tulisan TGHH, bahawa ramai dari kalangan PH adalah tak beriman (61 peratus) yang bukan-Islam.

Sekali lagi PH terperangkap dan checkmate!

PH nak gunakan isu perasuah untuk wajahkan PAS rasis. Data membuktikan ramai bukan-Melayu pemberi rasuah.

PH guna isu tak beriman untuk wajahkan PAS itu ekstremis dan takfiri. Data juga buktikan ramai Ahli Parlimen PH tidak beriman (bukan-Islam).

Sekarang nak tuduh PAS mesra dengan perasuah p**a. Depa tak sedar yang berbelas-belas kes pemimpin PH digugurkan ketika PH jadi kerajaan.

Isu rasis, checkmate.
Isu ekstremis, checkmate.
Isu integriti, checkmate.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre



Address

Pengkalan Cepa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalan2 Cari Ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share