Penerangan PBBS 2021-2024

Penerangan PBBS 2021-2024 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penerangan PBBS 2021-2024, Camera/Photo, Menumbok.

02/05/2026

Perasmian Mesyurat Agung Dwitahunan Persatuan Kadayan Sabah ( PAADIAN ) Sesi 2026/2028

Dirasmikan oleh Janang Gayuh Yb Datuk Hj Ruslan Bin Muharam Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah ( PBBS ) Merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Adun N34 Lumadan.

Yang Diadakan Di Dewan Pesta Nelayan Mempakul, Menumbok. 02 Mei 2026

Tahniah Dan Syabas Diucapkan Kepada Semua .

Janang Gayuh YB. Datuk Hj. Ruslan bin Muharam, Presiden PBBS hadir Program Agihan Bubur sempena Bulan Ramadan...
11/03/2026

Janang Gayuh YB. Datuk Hj. Ruslan bin Muharam, Presiden PBBS hadir Program Agihan Bubur sempena Bulan Ramadan...

Alhamdulillah, bermula kemarin 26 Februari 2026 Dewan PBBS telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi...
27/02/2026

Alhamdulillah, bermula kemarin 26 Februari 2026 Dewan PBBS telah digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir daripada beberapa buah Kampung. Semoga sedikit usaha ini dapat membantu penduduk yang terkesan sementara menanti banjir untuk pulih.
Misapul Tokou Sumingkot


Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam, Presiden Persatuan Bisaya Be...
08/02/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan bin Haji Muharam, Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Merangkap Pembantu Menteri Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah / ADUN N 34 Lumadan atas Penganugerahan Tertinggi Bisaya dengan Gelaran JANANG GAYUH. Syabas dan Tahniah, moga bintang terus bersinar.

Anugerah Janang Gayuh tersebut telah disampaikan Oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Musa Musa Aman diiringi Oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairing Kitingan (Huguon Siou) dan Encik Benjamin Atin selalu Pengerusi Pelaksana merangkap Setiausaha Agung PBBS.

Majlis turut dihadiri Oleh YB Datuk Ariffin Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Isnin Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan YB Datuk Siti Aminah Aching, Ahli Parlimen P.177 Beaufort, YB Datuk Palu@ Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Danau Limbang merangkap Presiden Persatuan Bisaya Sarawak.

Terima Kasih kepada semua AJK Pelaksana, AMT PBBS, pihak protokol Istana, Pancaragam PDRM Sabah, Penerangan, dan semua yang terlihat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Penganugerahan Janang Gayuh ini.

Misapol tokou Sumingkot




10/08/2025
20/07/2025

Tahniah kepada team PBBS yang berkampung sempena minggu Peroaduan Negara.
Sudahkah Anda belajarrr? Sila komennn~~

26/05/2025
[Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bisaya Bersatu Sabah 2025]Pada 26 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Persa...
26/03/2025

[Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bisaya Bersatu Sabah 2025]
Pada 26 Mac 2025, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Persatuan Bisaya Bersatu Sabah ( PBBS) bertempat di ballroom Gem Hotel Beaufort. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua barisan kepimpinan dan Ahli Majlis tertinggal (AMT) yang berkelapangan hadir. Selain Majlis Berbuka Puasa sebagai pengisian utama, tazkirah Ramadan telah disampaikan Oleh Ustaz Matjalin Saramalih untuk mengasi slot sebelum waktu Berbuka. Semoga ilmu yang disampaikan dapat menjadi bekalan dan pedoman untuk digunakan sebagai pecutan Akhir Ramadan.
Selepas Berbuka, YB Datuk HJ Ruslan Muharram selalu Presiden Persatuan telah menyampaikan sumbangan kepada Ustaz HJ Mohd Shahir Ismail dan Fiera Nor Fazrena Jeffry daripada IPG Gaya yang akan mewakili Malaysia ke Inovasi Pendidikan di Bangkok Thailand dan mengagihkan duit Raya kepada semua AMT yang hadir.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Datuk Matbali Musah, Ahli Parliament P.178 Sipitang dan Pengerusi Lembaga Koko Malaysia yang juga merupakan Naib Presiden PBBS kerana dapat meluangkan masa untuk hadir dan turut sama mengagihkan duit Raya kepada semua AMT yang hadir.
Semoga Majlis ini menjadi Medan Kita mengukuhkan ukhuwah dalam Persatuan.
Misapul tokou Sumingkot

Cc: AMT PBBS

Address

Menumbok

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan PBBS 2021-2024 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category