17/03/2022
Sempena menyambut malam nisfu Sya`ban pada malam ini,
Saya memohon ampun kepada semua ahbab atas kesalahan dan kekasaran yang pernah saya lakukan,
Dan saya juga mengampunkan segala kesalahan dan kekasaran orang terhadap saya..
Kerana sabda baginda:
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يطلع الله إلى خلقه في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن"
Sabda Nabi sallahu `alahi wasallam: Allah melihat makhluknya di malam Nisfu Sy`ban, maka Dia akan mengampunkan sekalian makhluknya melainkan orang musyrik atau orang yang bermusuhan.. (Riwayat Ibn Majah)
Maka saya mulakan dengan diri saya, meleraikan semua permusuhan daripada saya atau terhadap saya, Moga-moga kita semua mendapat pengampunan daripada Allah.
Yang mencintai Umat Baginda Nabi
Kredit : Ustaz Ahmad Faiz alfateh