Ding Dong Production Sdn. Bhd.

Ding Dong Production Sdn. Bhd. Time To Work

Jepun melakar sejarah baru dalam pilihan raya baru-baru ini. Sanae Takaichi, Perdana Menteri Jepun merupakan wanita pert...
10/02/2026

Jepun melakar sejarah baru dalam pilihan raya baru-baru ini. Sanae Takaichi, Perdana Menteri Jepun merupakan wanita pertama yang bukan sahaja memecahkan kepimpinan di sana, malah baru sahaja memimpin Parti Liberal Demokrat (LDP) meraih kemenangan paling besar sejak pasca-Perang Dunia Kedua!

Keputusan PRU semalam adalah satu tsunami politik yang luar biasa. Takaichi berjaya membawa LDP menang 316 daripada 465 kerusi.

Rekod ini jauh lebih baik daripada zaman mentornya sendiri mendiang Shinzo Abe yang menang 294 kerusi pada tahun 2012.

Kenapa Kemenangan Ini Sangat Luar Biasa?

1. Solo Supermajority (Majoriti 2/3)

Selama ini, LDP terpaksa bergantung kepada parti lain untuk membentuk kerajaan. Tapi kali ni Takaichi buat secara solo! Dengan majoriti 2/3 di tangan, beliau kini mudah untuk meminda Perlembagaan Jepun terutamanya Artikel 9 yang menghalang Jepun daripada mempunyai pasukan tentera rasmi.

2. Ketegasan Terhadap China

Takaichi memenangi hati rakyat dengan imej Iron Lady. Dalam isu kedaulatan, Taiwan dan Laut China Timur, beliau sangat tegas dan berani bercakaran secara terbuka.

Rakyat Jepun dah lama dahagakan pemimpin yang tidak lagi bersikap defensif atau terlalu tunduk kepada tekanan luar. China pasti tak senang duduk sekarang

3. Visi Tentera Sendiri

Beliau mahu Jepun mempunyai taring sendiri dan tidak lagi hanya bergantung kepada payung Amerika Syarikat.

Langkahbeliau untuk menukarkan Pasukan Pertahanan Diri (JSDF) kepada pasukan tentera rasmi yang lengkap dengan kuasa serangan adalah satu anjakan geopolitik yang sangat besar di Asia.

4. Pop**ariti Dalam Kalangan Orang Muda

Faktor paling besar kemenangan LDP ialah Takaichi sendiri. Beliau sangat pop**ar dalam kalangan orang muda yang dah bosan dengan ahli politik lelaki yang skema dan terlalu diplomatik. Beliau dilihat sebagai pemimpin yang ada ketegasan untuk menjaga maruah negara.

5. Pertaruhan Yang Menjadi

Takaichi sangat berani. Beliau bubarkan Parlimen ketika pop**aritinya tengah memuncak sebagai satu referendum peribadi. Beliau tak tunggu lama-lama sampai pop**ariti merosot.

Hasilnya? Rakyat beri mandat penuh untuk beliau laksanakan dasar ekonomi agresif dan pengukuhan keselamatan nasional.

Keputusan ini menunjukkan angin politik dunia sekarang sedang meniup kuat ke arah Kanan (Konservatif & Nasionalis).

Pengundi hari ini lebih cenderung memilih pemimpin yang tegas mengemudi bahtera negara dalam dunia yang makin kucar-kacir.

Kemenangan LDP buktikan parti lama boleh kekal relevan kalau berani berubah ikut arus zaman dan utamakan keselamatan rakyat.

Siapa sangka nasib seseorang boleh berubah sekelip mata hanya kerana kesilapan orang lain. Shah Rukh Khan mungkin tidak ...
07/02/2026

Siapa sangka nasib seseorang boleh berubah sekelip mata hanya kerana kesilapan orang lain. Shah Rukh Khan mungkin tidak akan dikenali sebagai legenda dunia hari ini jika bukan kerana perangai seorang pelakon bernama Armaan Kohli.

Asalnya filem Deewana yang meletup tu bukan milik SRK pun. Armaan Kohli yang sepatutnya jadi hero, malah dia dah siap shooting separuh jalan dan mukanya pun dah terpampang di poster awal.

Tapi langit tak selalunya cerah apabila Armaan buat hal bergaduh besar dengan pihak produksi. Disebabkan rasa ego dan marah yang tak terkawal, dia ambil keputusan drastik untuk angkat kaki meninggalkan set penggambaran begitu saja.

Penerbit waktu itu memang pening kepala sebab jadual dah lari dan bajet pun makin susut. Dalam keadaan terdesak mencari pengganti yang tak banyak karenah, mereka panggil seorang pelakon drama TV dari Delhi yang tengah cari makan.

Shah Rukh Khan masuk set dengan rendah diri dan rakam semula semua babak yang ditinggalkan Armaan tadi. Hasilnya filem itu pecah panggung dan menjadi titik tolak SRK menakluk dunia perfileman sehingga sekarang.

Armaan Kohli akhirnya terlepas peluang seumur hidup manakala SRK p**a terus mendaki puncak kejayaan dari peluang yang dibuang orang. Betullah orang kata, kadang kala sisa yang kita buang itulah yang akan digilap jadi permata oleh orang lain.

Jawatan kosong diperlukan,sape cepat dia dapat..
20/01/2026

Jawatan kosong diperlukan,sape cepat dia dapat..

Oktober menandakan ketibaan burung Peregrine Falcon 🦅. Pemangsa udara terpantas di dunia dalam laluan migrasinya di Tere...
19/10/2025

Oktober menandakan ketibaan burung Peregrine Falcon 🦅. Pemangsa udara terpantas di dunia dalam laluan migrasinya di Terengganu!

Burung megah ini kelihatan hinggap di menara Drawbridge seperti yang sempat dirakam oleh Mr Anuar Con McAfee.

Fakta menarik: Peregrine Falcon mampu terbang menjunam lebih 300 km/j ketika memburu mangsa, menjadikannya antara burung paling pantas di bumi!

Falcon dah sampai, sek awok bila lagi nak naik atas galeri Drawbridge 😎

Laluan dan parking kenderaan.
13/10/2025

Laluan dan parking kenderaan.

Esok on nego di Stadium Bandar Kuala Terengganu.
13/10/2025

Esok on nego di Stadium Bandar Kuala Terengganu.

Macam comel je cincin ni
25/09/2025

Macam comel je cincin ni

Servis
25/09/2025

Servis

24/09/2025

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ding Dong Production Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share