Persatuan Alumni Fotografi UiTM Malaysia

Persatuan Alumni Fotografi UiTM Malaysia Persatuan Alumni Fotografi UiTM Malaysia Sejarah penubuhan awal Jabatan Fotografi Universiti Teknologi Mara UiTM.

Pada 1974, UiTM (dulu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara, ITM) telah memperkenalkan kursus fotografi secara akademik diperingkat diploma. UiTM merupakan satu satunya IPTA yang menawarkan kusus fotografi ketika itu. Tan Sri Arshad Ayob merupakan tokoh yang bertanggungjawab memperkenalkan kursus ini Di ITM ketika itu. Seramai 12 orang pelajar perintis yang berjaya diambil dari lebih 100 permoh

onan. Pada 1977, tempoh kursus yang awalnya 2 tahun dilanjutkan menjadi 3 tahun. Silibus pengajian di sesuaikan dari City and Guild Institute (London). Semua kemudahan studio, makmal dan bilik tutorial terletak di tingkat atas bangunan Kajian Seni Bina, Fakulti Perancangan dan Ukur. Pada tahun 1980, jabatan fotografi telah disatukan dengan kursus kursus Seni Reka yang lain di bawah satu bumbung. Antara sabjek yang dipelajari ialah elemen fotografi, photo-math, photo-science, photo-chemistry, lighting, basic design, editorial, color photography (basic dan advance) , graphic design, busisness studies, intergrated seminar, commercial Illustration, darkroom techniques, film studies dan projek akhir meliputi fine art, fashion , photojournalism dan film making. Lebih dari 1000 orang graduan fotografi UiTM telah berjaya dikeluarkan, ramai diantara mereka telah berjaya dalam bidang fotografi masing-masing. Pada tahun 2011, hasil dari inisiatif 8 orang graduan fotografi UiTM telah menubuhkan Persatuan Alumni Fotografi UiTM (EXPOSE), Malaysia dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 21 September 2011 dengan nombor perdaftaran pertubuhan 4200-11-WKL.

Semalam kami menghadiri Tayangan Perdana filem Syahadan.Ribuan terima kasih kepada Datuk Dr. Hj. Muhammad Fairus Hussain...
13/02/2022

Semalam kami menghadiri Tayangan Perdana filem Syahadan.
Ribuan terima kasih kepada Datuk Dr. Hj. Muhammad Fairus Hussain yang sudi menjemput kami bertiga.
Ucapan tahniah dari saya kerana beliau berjaya menghasilkan filem sendiri, masih teringat ketika saya masih belajar di jabatan fotografi dahulu, beliau pernah berhasrat untuk mengeluarkan filem sendiri.
Belas tahun selepas itu baru impian beliau tercapai.
Untuk rekod, Datuk merupakan pensyarah filem study.

Tahniah Datuk.

Sebuah karya Datuk Dr Fairus Hussin & Halim Hassan pernah menjawat jawatan pensyarah di Jabatan Fotografi UiTM, Shah Ala...
05/02/2022

Sebuah karya Datuk Dr Fairus Hussin & Halim Hassan pernah menjawat jawatan pensyarah di Jabatan Fotografi UiTM, Shah Alam.
Beliau merupakan pensyarah subject Film Study suatu ketika dulu.


Jom tonton filem SYAHADAN di pawagam berdekatan anda! Filem ini merupakan filem dibawah Skim Wajib Tayang FINAS.

Filem: SYAHADAN
Tarikh: 17.02.2022
Arahan: Datuk Dr Fairus Hussin & Halim Hassan
Terbitan:Trilion Marketing Sdn Bhd

Filem Kita, Citra Kita




Jom tonton filem SYAHADAN di pawagam berdekatan anda! Filem ini merupakan filem dibawah Skim Wajib Tayang FINAS.

Filem: SYAHADAN
Tarikh: 17.02.2022
Arahan: Datuk Dr Fairus Hussin & Halim Hassan
Terbitan:Trilion Marketing Sdn Bhd

Filem Kita, Citra Kita


Diberitakan kehilangan seorang insan yg hebat didalam arena fotografi negara.Al- Fatihah, semoga rohnya diletakkan di ka...
11/10/2021

Diberitakan kehilangan seorang insan yg hebat didalam arena fotografi negara.
Al- Fatihah, semoga rohnya diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.

26/10/2017

kepada Alumni AD17/AD227
diberitahu Samsudin Saad ( Abg Din, En.Din)
telah kembali kerahmatullah subuh tadi.Jenazah diuruskan di surau sek 11 Shah Alam.akan dikebumikan di sek.21 Shah Alam.Sedekahkan AlFatihah kepada rohnya.
Info dari En. Sabki Md Noh

Buat pengetahuan anda, arwah telah banyak membantu pelajar fotografi termasuk saya bagi proses pembelajaran di dalam bilik gelap.
Beliau juga seorang yg sangat memahami jerih payah kita sebagai seorang pelajar foto.
Kenangan yg paling sukar dilupakan, beliau memberi kerjasama membuka ruangan bilik gelap seharia agar memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan segala tugasan yg biasanya kita lakukan disaat2 akhir.
Beliau juga seorang lepasan sijil fotografi dari negara Jepun.

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI1.	Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat MALAYSIA.2.	Penyertaan adalah P...
26/11/2013

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI

1. Pertandingan terbuka kepada seluruh rakyat MALAYSIA.
2. Penyertaan adalah PERCUMA.
3. Foto yang dihantar mestilah foto yang ASLI dan BELUM pernah digunakan untuk sebarang PERTANDINGAN dan PENERBITAN. Tidak dibenarkan meletak sebaran ”watermark’ etc pada foto yang dihantar untuk pertandingan.
4. Tema pertandingan ini ”50 Tahun Bangunan Parlimen Malaysia”. Konsep foto perlu menampilkan imej bangunan Parlimen Malaysia.
5. Interpretasi para peserta terhadap tema ”50 Tahun Bangunan Parlimen Malaysia” adalah bebas selagi ianya tidak terkeluar daripada tema asas.
6. Gambar berunsur NEGATIF tidak layak untuk dipertandingkan.
7. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening dan sharpening terhadap foto mengunakan sebarang perisian komputer secara MINIMUM adalah dibenarkan.
8. Teknik cantuman gambar (collage technique), Super impose, trick photographs, dan gambar dimanupulasi adalah tidak dibenarkan.
9. Peserta BEBAS mengunakan sebarang jenis kamera.
10. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri.
11. Foto yang hendak dipertandingkan hendaklah dihantar di dalam CD/DVD dengan mengunakan format JPEG (300dpi ke atas) dan DISERAHKAN Bersama foto yang telah dicetak bersaiz 8” x 12” kepada pihak penganjur.
12. Penyertaan dihadkan kepada 1 keping gambar sahaja.
13. Setiap foto perlu mempunyai maklumat seperti berikut:
• NAMA PESERTA
• LOKASI GAMBAR
• TARIKH GAMBAR
• ALAMAT PESERTA
• NOMBOR TELEFON
14. Pihak Penganjur (Parlimen Malaysia) mempunyai hak milik ke atas foto pertandingan dan berhak menggunakan foto-foto tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta. Foto-foto yang terpilih juga akan dibukukan.

• Bagi pihak yang berminat untuk menyertai pertandingan ini dan ingin hadir ke Parlimen Malaysia untuk mengambil gambar pada sebelah siang atau malam boleh menghubungi pihak urus setia bagi membuat temujanji.

• Temujanji boleh dibuat melalui Unit Perhubungan Korporat Parlimen Malaysia dengan menghubungi En. Zhafri (03 – 2601 7323), Pn Yanti (03 – 2601 7330) atau En. Adnan (03 – 2601 7273). (email – [email protected] / [email protected] )



KRITERIA PENGHAKIMAN

1. Pemenang akan ditentukan oleh juri awam dan juga profesional. Foto yang layak untuk ke pusingan akhir di mana penyertaan akan dihakimi oleh panel hakim profesional bebas yang dilantik oleh pihak penganjur.
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan seperti yang digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya foto adalah lebih tertumpu pada ‘tema’ dan ‘kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam foto secara profesional. Namun demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemberian markah.
4. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

03/12/2012

Just to inform you that my Canon 1D Mk 111 (552188) and a 70-200mm IS (224334) was stolen from my car in front of my house this morning. Please pass around this message. Via Shamshahrin Shamsudin

Long exposure guide
26/11/2012

Long exposure guide

Exposure Chart instructions
26/11/2012

Exposure Chart instructions

08/10/2012

Salam kepada semua sahabat.
Mari sama2 sedekahkan al-fatihah kpd anak dekan fakulti seni lukis dan seni reka Dr. Mustaffa Halabi, anaknya telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya diletakkan dikalangan orang yang beriman.
Al-Fatihah
Info oleh: Hanif Omar

04/10/2012

FORUM FOTOGRAFI
“HALATUJU DAN PROSPEK PENGENALAN KEPADA INDUSTRI”
ANJURAN PERSATUAN ALUMNI FOTOGRAFI UiTM MALAYSIA (EXPOSE)
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
29 OKTOBER 2011 (SABTU)
JAM 2 - 5 PETANG

Address

23-2, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Setapak
Kuala Lumpur
53200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Fotografi UiTM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Alumni Fotografi UiTM Malaysia:

Share

Category