08/09/2025
✨ Ucapan Penutup Konvo Politeknik 1-6 September 2025 ✨
Alhamdulillah, selesai sudah tugasan Booth Photo Konvo LKP sepanjang 1-6 September 2025 di Politeknik Kota Kinabalu.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih & penghargaan kepada seluruh Team LKP yang telah berkerja keras siang & malam sepanjang event ini. Dedikasi, semangat & kerjasama kalian adalah kunci kejayaan kita ❤️👏.
Tidak lupa, terima kasih yang tulus ikhlas buat semua graduan Politeknik & Kolej Komuniti, serta ibu bapa yang memilih perkhidmatan kami untuk merakamkan detik indah hari bersejarah anda 🎓📸.
Semoga kenangan yang kami abadikan menjadi memori terindah dalam perjalanan hidup anda semua. 🌹
Sampai jumpa lagi di event akan datang! ✨