27/09/2026
Sedikit perkongsian untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri. 🙏🏻
Dalam dunia car community ni, kita semua datang daripada latar belakang yang berbeza. Ada yang minat stance, ada yang kaki performance, ada yang s**a clean build, ada yang s**a OEM+, ada yang kaki rim, kaki audio, kaki detailing, kaki shooting — dan ada juga yang kereta standard tapi jiwa automotive dia bukan standard. 😂🔥
Kita mungkin berbeza taste, berbeza kereta, berbeza bajet dan berbeza cara enjoy dunia automotive, tapi satu benda yang menyatukan kita ialah PASSION.
Jadi kalau ada member ajak lepak, TT, convoy, photoshoot, car meet, makan, minum atau sekadar park kereta sama-sama sambil sembang sampai tengah malam, kalau kita free, kita turun.
Kalau nda dapat join sebab kerja, family, business, kereta masuk workshop, poket tengah recovery lepas beli rim 🤣 atau ada komitmen lain — nda apa bah.
No pressure. No hard feelings.
Kita tetap satu community. 🤝🦊
Cuma satu saja…
Kalau kita nda dapat join, jangan p**a kita kasi mati mood orang yang mau turun.
Nda perlulah terus:
“Jauh tu…”
“Malas la…”
“Buat apa pergi sana…”
“Confirm nda ramai…”
“Baik duduk rumah…”
“Minyak mahal bah…” 😂
Kadang-kadang satu ayat nampak macam gurauan saja, tapi bila seorang mula negatif, yang lain ikut. Last-last daripada 20 buah kereta, tinggal 3 buah — itu pun seorang belum isi minyak. 🤣🤣🤣
Kalau nda dapat join, simple saja:
“Tunglaaaaaaaa!” 😂
“Enjoy geng!”
“Next TT saya turun!”
“Drive safe!”
“Kasi penuh parking!”
“Ambil gambar banyak-banyak!”
Walaupun kita nda ada di sana, sekurang-kurangnya kita masih support member-member yang turun.
Sebab makin kita berumur, makin kita sedar satu benda…
Mau kumpul semua member dalam satu masa bukan senang.
Seorang kerja.
Seorang dengan family.
Seorang outstation.
Seorang kereta belum siap.
Seorang tunggu gaji.
Seorang baru tukar tayar.
Seorang baru kena racun rim.
Seorang p**a cakap “on” dari pagi, malam terus hilang dari radar. 🤣🤣🤣
Sebab itu kalau ada peluang untuk berkumpul, biarkan mereka enjoy.
Bukan semua TT kita wajib hadir.
Bukan semua convoy kita mesti ikut.
Bukan semua car meet kereta kita mesti ada.
Hari ini saya nda dapat turun, kamu jalan dulu.
Esok kamu nda dapat turun, kami p**a jalan.
Yang penting friendship jalan terus.
Jangan ukur persahabatan daripada berapa kali seseorang hadir TT.
Jangan ukur seseorang daripada jenis kereta dia.
Jangan pandang rendah kereta standard.
Jangan terlalu tinggi bila kereta sendiri banyak modification.
Sebab dalam NOBADISM, kereta cuma medium — manusia dan persahabatan itu yang lebih penting.
Hari ini dia datang dengan kereta standard.
Esok mungkin dia datang dengan dream build dia.
Hari ini kita bantu dia.
Esok mungkin dia p**a yang tolong kita di tepi jalan.
That’s community.
Kita bukan berlumba siapa paling kaya.
Kita bukan berlumba siapa paling mahal kereta.
Kita bukan berlumba siapa paling banyak modification.
Kita cuma sekump**an manusia yang mempunyai minat yang sama dan mahu menikmati perjalanan ini bersama-sama.
Different cars.
Different builds.
Different stories.
Same passion.
Same community.
Kadang-kadang TT yang nampak biasa itu mungkin sangat bermakna untuk seseorang.
Mungkin sepanjang minggu dia stress dengan kerja.
Mungkin business tengah banyak masalah.
Mungkin kepala tengah penuh.
Mungkin kehidupan tengah berat.
Dan malam itu, beberapa jam duduk di parking sambil tengok kereta, minum kopi, ketawa dan sembang benda-benda bodoh dengan member adalah satu-satunya masa dia dapat lupakan semua masalah sekejap.
Sebab itu…
Kalau kita boleh menjadi orang yang menambahkan semangat, jadilah orang itu.
Kalau nda dapat support dengan kehadiran, support dengan kata-kata.
Kalau nda dapat turun, bagi semangat kepada yang turun.
Dan kalau nda ada benda positif mau dikatakan…
biarkan geng tu enjoy. 🤝
Bukan tentang siapa paling hebat.
Bukan tentang siapa paling famous.
Bukan tentang siapa punya kereta paling mahal.
Car Community is about passion, friendship, respect and the culture we build together. 🦊🏁
Nasihat ini bukan bermaksud saya lebih baik daripada sesiapa. Saya sendiri masih belajar dan kadang-kadang mungkin tersalah cakap, tersalah gurau atau tanpa sedar kasi mati mood orang lain.
Jadi pesanan ini untuk kita semua — termasuk diri saya sendiri. 🙏🏻
Apa yang baik datang daripada Allah SWT, dan segala kekurangan serta kesilapan datang daripada saya sendiri yang menyampaikan.
InshaAllah kita sama-sama jaga community ini.
No ego.
No unnecessary drama.
No judging builds.
Just cars, friendship & passion.
Nda dapat TT malam ini?
Next TT kita park sama-sama.
Nda dapat convoy kali ini?
Next convoy kita rolling sama-sama.
Kereta belum siap?
Kami tunggu kau keluar workshop. 😂🔥
Yang penting jangan kasi mati semangat member.
SUPPORT THE BUILD.
SUPPORT THE PASSION.
SUPPORT THE COMMUNITY.
🦊 NOBADISM COMMUNITY
NOT A BAD GUY.
NOT A GOOD GUY.
JUST PEOPLE WITH PASSION.
SEE YOU AT THE NEXT MEET. 🏁