30/05/2026
*Amalan Asas Masuk Syurga*
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ أَعْرَابِيًّا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ دَخَلْتُ الجَنَّةَ، قَالَ: «تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ المَكْتُوبَةَ، وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ المَفْرُوضَةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ» قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ أَزِيدُ عَلَى هَذَا، فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا
Daripada Abu Hurairah RA bahawa seorang Arab Badwi telah datang menemui Nabi SAW lalu bertanya: *"Tunjukkan kepada aku suatu amalan yang jika aku melakukannya, aku akan masuk syurga." Nabi SAW menjawab: "Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat yang difardukan, menunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadan." Lelaki itu berkata: "Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku tidak akan menambah apa-apa (di luar amalan ini)."Setelah lelaki itu pergi, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki daripada ahli syurga, maka lihatlah kepada lelaki ini."* (HR Bukhari No: 1397) Status: Hadis Sahih
Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini menunjukkan asas utama untuk masuk syurga ialah dengan menunaikan rukun Islam dengan ikhlas dan istiqamah tanpa mensyirikkan Allah.
Hadis ini mendidik umat Islam supaya memberi perhatian besar kepada ibadah wajib sebelum sibuk dengan perkara-perkara tambahan, kerana kewajipan adalah asas utama kejayaan seorang Mukmin di dunia dan akhirat.