Warrior Shooterz

Directions

Warrior Shooterz Gabungan Jurugambar Sukarela Untuk Moment Terkini Bolasepak Liga Malaysia. SSM 202503170517 (003744495-A)

RESTOCK!! RESTOCK !!EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !Sila hub...
27/10/2026

RESTOCK!! RESTOCK !!

EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!

Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !

Sila hubungi di nombor tertera sebelum kehabisan stok.


EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !
25/10/2026

EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!

Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !


EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !Sila what app di link whats ...
24/10/2026

EX TREBLE KELANTAN LIMITED JERSEY !!

Dapatkan jersi limited EX TREBLE KELANTAN ini sekarang !

Sila what app di link whats app tertera sebelum kehabisan stok.

https://wa.link/7xpyb9


NEXT GAME EX LEGEND IS BACK !!
19/10/2026

NEXT GAME EX LEGEND IS BACK !!


Live PPV malam ini.
25/09/2026

Live PPV malam ini.

Live streaming Kedah FA menentang Kelantan City FC - Liga A1 Semi Pro 26/27 pada 25 September 2026, jam 8.45 malam di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Dapatkan t...

25/09/2026

MATCH DAY! 🔥

Malam ni kita mai Stadium Darul Aman. 90 minit nak lawan habih-habih, 90 minit nak cari keputusan terbaik bawak balik Kelate.

🆚 Kedah FA
🕣 8.45 malam
🏟️ Stadium Darul Aman

Mai The Blue Fighters, biaq depa tau kita mai sini bukan saja-saja!







LAPORAN PERLAWANAN Kelantan City FC melayan kunjungan pasukan bertaraf Asia pada Ahad ketika status selaku pasukan under...
21/09/2026

LAPORAN PERLAWANAN

Kelantan City FC melayan kunjungan pasukan bertaraf Asia pada Ahad ketika status selaku pasukan underdog tidak langsung menghadirkan gerun buat kem tuan rumah yang akhirnya berjaya menghabiskan baki 90 minit di Kota Bharu dengan kedudukan yang masih seimbang

Sedikit rombakan dalam senarai kesebelasan utama namun beberapa core player yang menjadi tunjang ketika mengutip 1 mata berdepan Perak FA kekal menjadi pilihan termasuk Yuaiman selaku benteng terakhir

Barisan kejurulatihan terpaksa melakukan pertukaran awal selepas Amirul Shafik terpaksa mengucapkan selamat tinggal bagi memberi laluan kepada Hakimi beroperasi dibahagian tepi bersama Asraff

Tidak banyak ancaman dihalakan ke arah gawang Haziq Nadzli tetapi penjaga gol kebangsaan itu terpaksa melayangkan badannya 2 kali bagi menghalang percubaan Asraff Aliffuddin dan Abdoul Aziz

Tuan rumah terpaksa menghabiskan babak pertama dengan 10 pemain apabila Ahmad Nazri dilayangkan kad merah oleh Zamzaidi Katimin kerana terjahan berbahaya ke atas Ramadhan Saifullah ketika perebutan bola diudara

Babak kedua bersambung dengan anak buah coach Aidil Sharin Sahak dilihat semakin bernafsu untuk mencari bekalan gol untuk dibawa pulang ke Kuching tetapi usaha mereka beberapa kali dinafikan oleh kecemerlangan Yuaiman yang tampak tenang dan berada pada posisi tepat untuk menepis, menumbuk & menangkap serangan lawan sehingga wisel penamat

Pelawat menerima nasib sama apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jerome Etame diperintahkan keluar padang selepas insiden pergelutan dengan Khairul Rizam biarpun ada permintaan untuk semakan VAR namun tidak diendahkan oleh pegawai perlawanan

TAMAT permainan di Kota Bharu tanpa sebarang jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan akan bertemu semula pada 10 Oktober untuk menentukan siapa lebih jaguh

19/09/2026

🔴🔵SERUAN SELURUH PENYOKONG KELANTAN!

Esok, kita ada satu misi untuk PENUHKAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV!

Suku Akhir Pertama Piala FA 2026/2027
🆚 Kuching City FC
📅 Ahad | 20 September 2026
⏰ 9.00 malam
🏟️ Stadium Sultan Muhammad Ke-IV

Tak kira dari mana anda datang, satu warna, satu suara, satu jiwa. Hadir beramai-ramai dan jadilah pemain ke-12 yang membakar semangat The Blue Fighters sepanjang 90 minit!

THE POWER OF BLUE FIGHTERS.
MARUAH KELANTAN, KITA PERTAHANKAN!







Address

Kampong Kota
15150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warrior Shooterz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby photography services