The Photoshooterz

The Photoshooterz Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from The Photoshooterz, 79A, Jalan PULAI UTAMA 23, TAMAN PULAI UTAMA, Johor Bahru.

Photography & Videography on Wedding, Event, Corporate , Montage, Music Video , TV Commercial & Underwater

Phone / Whatsapp / Telegram : +6019.766 1144
Email : [email protected]

Twitter : The Photoshooterz
IG : The Photoshooterz

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai kuasa bola sepak utama Malaysia apabila mencipta rekod dunia b...
30/08/2026

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai kuasa bola sepak utama Malaysia apabila mencipta rekod dunia bagi perlawanan tanpa kalah terpanjang dalam saingan liga.

Artikel penuh

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan status sebagai kuasa bola sepak utama Malaysia apabila mencipta rekod dunia bagi larian tanpa kalah terpanjang dalam saingan liga.Berdasarkan poster rasmi JDT, Southern Tigers kini mencatat 111 perlawanan liga tanpa kalah setakat 29 Ogos 2026, satu pencap...

Kuala Lumpur City FC (KL City FC) akhirnya menemui semula rentak kemenangan apabila menewaskan DPMM FC 1-0 dalam aksi Li...
30/08/2026

Kuala Lumpur City FC (KL City FC) akhirnya menemui semula rentak kemenangan apabila menewaskan DPMM FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Kemenangan itu hadir selepas skuad kendalian Datuk Dollah Salleh sebelum ini dibelasah 6-0 oleh Kuching City FC, sekali gus menjadi suntikan moral penting buat KL City untuk kembali bersaing dalam saingan liga.

DPMM FC p**a hadir dengan keyakinan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Penang FC dalam perlawanan terdahulu.

Dollah menurunkan dua penyerang berpengalaman, Syafiq Ahmad dan Paulo Josue, bagi mengetuai jentera serangan tuan rumah, manakala DPMM mempertaruhkan Danial Asri dan Oscar Santis sebagai ancaman utama di bahagian hadapan.

artikel penuh

Kuala Lumpur City FC (KL City FC) akhirnya menemui semula rentak kemenangan apabila menewaskan DPMM FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.Kemenangan itu hadir selepas skuad kendalian Datuk Dollah Salleh sebelum ini dibelasah 6-0 oleh Kuching City FC, seka...

Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC (KRW FC)...
30/08/2026

Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) 5-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, petang semalam.

Kemenangan itu hadir selepas Kuching City mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Kuala Lumpur City FC pada aksi terdahulu, sekali gus mengukuhkan momentum positif skuad kendalian Aidil Sahrin.

Sebaliknya, KRW FC yang sebelum ini diaibkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 9-0 gagal bangkit di Paroi apabila terpaksa beraksi dengan skuad yang tempang.

Perlawanan berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, namun dipindahkan ke Paroi.

Baca artikel penuh

Kuching City FC meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super selepas membelasah Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) 5-0 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, petang semalam.Kemenangan itu hadir selepas Kuching City mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Kuala Lumpur City FC pad...

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi...
30/08/2026

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi berpesta jaringan selepas menewaskan Kelantan Red Warriors pada Rabu lalu, dengan penyerang naturalisasi negara, Bergson Da Silva, menjadi watak utama menerusi jaringan hatrik.

Baca artikel penuh

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Super apabila membelasah Star City 7-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.Kemenangan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi berpesta jaringan selepas menewaskan Kelantan Red Warriors pada Rabu l...

Bergson Hatrik, JDT Cemerlang Tewaskan Star City FCJohor Darul Ta’zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam sainga...
29/08/2026

Bergson Hatrik, JDT Cemerlang Tewaskan Star City FC

Johor Darul Ta’zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia 2026/27 apabila menewaskan Star City FC dengan keputusan 7-0.

Bergson Da Silva muncul sebagai watak utama apabila meledak hatrik pada minit ke-16, 35’ dan 77’ menerusi sepakan penalti.

Empat lagi jaringan JDT disumbangkan oleh Marcos Guilherme (26’), Kevin Medina (42’), Shahab Zahedi (45+4’) dan Carlos Akapo (66’).

JDT mendominasi permainan sejak awal dan menamatkan separuh masa pertama dengan kelebihan 5-0, sebelum menambah dua lagi jaringan pada separuh masa kedua.

Tujuh gol tanpa balas, tiga mata penuh buat Harimau Selatan meletakkan JDT terus selesa di puncak liga.

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


29/08/2026

LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FC

Score Update

🔴🔵 JDT 7 : 0 SCT ⚫️🌕

⚽️⚽️⚽️ Bergson Da Silva 16’, 35’, 77’
⚽️ Marcos Guilherme 26’
⚽️ Kevin Medina 42’
⚽️ Shahab Zahedi 45+4’
⚽️ Carlos Akapo 66’

Harimau Selatan terus menambah derita Star City FC apabila Bergson Da Silva melengkapkan hatrik menerusi sepakan penalti pada minit ke-77.

Jaringan tersebut merupakan gol ketiga Bergson pada malam ini, sekali gus melengkapkan hatrik peribadinya dan melebarkan kelebihan JDT kepada 7-0.

JDT terus mengawal permainan dengan kelebihan tujuh gol!

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


29/08/2026

LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FC

Score Update

🔴🔵 JDT 6 : 0 SCT ⚫️🌕

⚽️⚽️ Bergson Da Silva 16’, 35’
⚽️ Marcos Guilherme 26’
⚽️ Kevin Medina 42’
⚽️ Shahab Zahedi 45+4’
⚽️ Carlos Akapo 66’

Masuk sebagai pemain gantian, Carlos Akapo membalas kepercayaan yang diberikan oleh Xisco Muñoz apabila berjaya meledak gol keenam buat Harimau Selatan pada minit ke-66.

Akapo tidak memerlukan masa yang lama untuk memberikan impak selepas dimasukkan, sekali gus menambah lagi kelebihan JDT dalam aksi malam ini.

JDT kini terus selesa mendahului 6-0!

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FCScore Update🔴🔵 JDT 5 : 0 SCT ⚫️🌕⚽️⚽️ Bergson Da S...
29/08/2026

LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FC

Score Update

🔴🔵 JDT 5 : 0 SCT ⚫️🌕

⚽️⚽️ Bergson Da Silva 16’, 35’
⚽️ Marcos Guilherme 26’
⚽️ Kevin Medina 42’
⚽️ Shahab Zahedi 45+4’

Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi arkitek kepada jaringan Harimau Selatan apabila mencipta peluang untuk gol kelima JDT.

Satu hantaran jauh tepat ke arah ‘near post’ berjaya menemui kepala Shahab Zahedi, yang kemudian menanduk masuk bola untuk meneruskan pesta gol JDT pada masa kecederaan separuh masa pertama.

JDT kini mendahului 5-0 sebelum kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan.

Lima gol dalam 45 minit pertama! Harimau Selatan benar-benar bernafsu pada malam ini.

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FCScore Update🔴🔵 JDT 4 : 0 SCT ⚫️🌕⚽️⚽️ Bergson Da S...
29/08/2026

LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FC

Score Update

🔴🔵 JDT 4 : 0 SCT ⚫️🌕

⚽️⚽️ Bergson Da Silva 16’, 35’
⚽️ Marcos Guilherme 26’
⚽️ Kevin Medina 42’

Satu hantaran lintang yang dilakukan oleh Arif Aiman Hanapi berjaya disudahkan oleh ‘Tanker’ baharu JDT, Kevin Medina, pada minit ke-42 untuk menghasilkan gol keempat buat Harimau Selatan.

Kevin Medina menunjukkan ketajaman di dalam kotak penalti apabila berjaya memanfaatkan hantaran lintang Arif Aiman dengan penyudahan yang kemas.

JDT kini mendahului 4-0 menjelang tamat separuh masa pertama.

Harimau Selatan benar-benar mengganas malam ini.

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FCScore Update🔴🔵 JDT 3 : 0 SCT ⚫️🌕⚽️⚽️ Bergson Da S...
29/08/2026

LS02 | Unifi Liga Super 2026/27 | Johor Darul Ta’zim FC vs Star City FC

Score Update

🔴🔵 JDT 3 : 0 SCT ⚫️🌕
⚽️⚽️ Bergson Da Silva 16’, 35’
⚽️ Marcos Guilherme 26’

Bergson Da Silva terus menjadi duri dalam daging buat barisan pertahanan Star City FC apabila meledak gol peribadi keduanya pada minit ke-35.

Bergson bijak mengambil kesempatan daripada satu hantaran ke belakang yang tersilap dilakukan pemain pelawat sebelum melakukan penyudahan kemas untuk menewaskan Hafizul Hakim di gawang.

JDT kini semakin selesa apabila mendahului 3-0 tanpa balas selepas 35 minit permainan.

Harimau Selatan terus menguasai perlawanan!

(Photo by Saluddin Ismail / TPS)

/27

/27


Address

79A, Jalan PULAI UTAMA 23, TAMAN PULAI UTAMA
Johor Bahru
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Photoshooterz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Photoshooterz:

Shortcuts

Share