Amrey Ley's Photography

Directions

Amrey Ley's Photography An Adventurer | A Photographer | Forever Bound The Mountains

Selagi mana mampu sebuah smartphone menghasilkan kualiti gambar yang baik selagi itu saya akan kekal bersamanya.Kian sab...
20/09/2026

Selagi mana mampu sebuah smartphone menghasilkan kualiti gambar yang baik selagi itu saya akan kekal bersamanya.

Kian saban tahun sebuah smartphone akan "upgrade" dari segi kamera khususnya kepada teknologi yang baru dan canggih tapi ia tetap tidak dapat menandingi skill dan kreativiti pada mata yang melihat momen itu sendiri.

Saya terbang jauh ke selatan Sumatera dengan harapan merakam sesuatu yang orang tidak akan pernah terfikir dengan hanya menggunakan peranti kecil dengan sensor yang kecil. Kebanyakkannya jurufoto di sini merakam dengan "gear" yang mewah dan "latest" membuatkan diri ini lebih teruja bersaing dan berkongsi pengalaman yang berbeza sesama sendiri.

Batu Dayak, Teluk Kiluan pantai yang jarang dikunjungi menjadi cerita bertapa sesuatu perjalanan permulaan sebelum ke pantai lebih ekstrem.

Dah lama tak bersiaran. Terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Tapi itu tak bermakna turn off terus dari berkar...
09/06/2026

Dah lama tak bersiaran. Terlalu sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Tapi itu tak bermakna turn off terus dari berkarya.

Sebenarnya kali kedua ke sini. Alhamdulillah rezeki dikurniakan cuaca yang baik. Sungguh rindu dengan merakam gambar dengan pelbagai teknik dan komposisi dicampur adukkan p**a dengan kreativiti bakat yang terpendam lama tak terasah.

Takde lah nampak umph! Pasal tangan ni lama tak training. Kamera phone je sekarang dah semakin canggih. Mode Manual/Pro dan dibantu filter ND dari K&F cukup rencah untuk proses olah dari Lightroom Premium.

Selepas skip setahun dari solo trip foto. Tahun ni InshaaAllah kasi jadi di sebuah pantai eksotik yang jarang sangat orang kita ke sana. Nantikan!

Jauh berjalan hanya semata-mata nak memotret pohon ala Walakiri, Sumba di Indonesia. Tapi  dancing trees ni bukan at san...
14/02/2026

Jauh berjalan hanya semata-mata nak memotret pohon ala Walakiri, Sumba di Indonesia. Tapi dancing trees ni bukan at sana. Tapi di Batu Pahat, Johor je. Letih menapak dan harung lumpur dengan tangan keduanya pegang tripod dan handphone. Nasib lah tak tersungkur dan tersembam🤣 hajat nak shoot long exposure air macam kapas gebu-gebu tapi tak buat research air pasang surut segala pemandangan kering kontang je😅 tapi alhamdulillah Tuhan hadiahkan langit terbakar dengan subjek meliuk lentok. Ada gambar lain tapi belum olah lagi.

Di antara kaca, cahaya, dan langit, kita belajar bahawa alam dan kota boleh berdamai.Di tengah hiruk-pikuk yang tidak pe...
03/01/2026

Di antara kaca, cahaya, dan langit, kita belajar bahawa alam dan kota boleh berdamai.
Di tengah hiruk-pikuk yang tidak pernah berhenti, kita memilih untuk memperlahankan langkah, memerhati awan bergerak dan cahaya jatuh perlahan di sebalik bangunan.
Kota gemerlapan ini mengingatkan kita bahawa ketenangan bukan tentang tempat yang sunyi, tetapi tentang hati yang tahu bila untuk berhenti dan menikmati saat ini.

Shoot ala-ala Nat Geo.Tiada lensa tambahan.
03/12/2025

Shoot ala-ala Nat Geo.

Tiada lensa tambahan.

Address

Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amrey Ley's Photography posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category