04/08/2020
..Memerintah Ikut Acuan Islam..
Entahlah samada aku masih bernafas lagi atau tidak di kemudian hari bahkan disaat saat akhir ini,
Agar dapat aku melihat nikmatnya berada dibawah pemerintahan Islam yang adil lagi telus,
Pemerintah yang cakna kepada rakyatnya tak kira bangsa/ agama/ politik "caro ko rakyat",
Pemerintah yang zalim harus dinasihatkan dengan pelbagai cara, jika tak menjadi perlu kepada penukaran pucuk pimpinan atau juga parti yang memerintah,
..........
Aku memohon berjuta kemaafan kepada semua sahabat atau kenalan yang mengenaliku, dan juga yg tak mngenaliku,
Jika ditakdirkan aku pergi dahulu dari kalian, doakan kebahagiaan aku di alam sana,
Jika sebaliknya doakan aku kuat untuk meneruskan kehidupan ini dengan selamat agar redha Allah yg aku kecapi..
Sahabat.... 😢
Jika Istiqomah itu perlu untukmu teruskanlah (ISTIQOMAH dalam PERJUANGAN) . . .
Tapi jika sebaliknya, berfikirlah dengan sebijak-bijaknya, yang penting matlamat kamu biar jelas (Semoga RAHMAT ALLAH yang diperoleh)
*** Berfikir biarlah BIJAKSANA, umpama berfikirnya orang-orang soleh ***
*** Berharaplah kepada PERTOLONGAN ALLAH, diatas usaha-usaha yang telah engkau laksanakan, semoga berjaya dan barokah yang kamu kecapi ***
>>> MAAFKAN KESALAHANKU WAHAI SAHABAT