Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista

Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista, George Town.

*JOM DAFTAR KORBAN*Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista Jelutong Penang akan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Sa...
29/05/2025

*JOM DAFTAR KORBAN*
Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista Jelutong Penang akan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
Satu bahagian lembu hanya RM800 dan seekor kambing hanya RM950.
Masih mempunyai kekosongan untuk slot lembu dan kambing.
Ayuh bersama kita tunaikan ibadah korban tahun ini.
Mohon share dengan ahli keluarga lain dan kenalan kita.

Maklumat lanjut sila hubungi :
www.wasap.my/60124464804/korban2025

Infaq/Tajaan untuk Program Ihya Ramadhan Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista 1446/2025Pihak Surau Al Hikam Taman Mutiara ...
06/02/2025

Infaq/Tajaan untuk Program Ihya Ramadhan Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista 1446/2025

Pihak Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista membuka peluang kepada para dermawan sekalian untuk bersama memberikan sumbangan dan tajaan bagi Program Ihya Ramadhan 1446/2025 ini.

Sumbangan dan tajaan ini adalah untuk kos berbuka puasa sepanjang Ramadhan.

Jumlah sumbangan yang ditetapkan adalah Rm250 satu malam.

Pihak surau juga akan mengadakan Bacaan Tahlil setiap hari dan akan diniatkan kepada nama-nama arwah yang diberikan oleh para penaja.

Segala sumbangan tuan/puan para penaja sekalian boleh dimasukkan ke dalam akaun surau seperti berikut :-

3814441913
Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista
Public Bank

Sila hantarkan slip sumbangan tuan/puan kepada En Ilyas Kazali
( www.wasap.my/60124464804/infaqramadhan ) untuk direkodkan.

Sekian terima kasih.

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌*[FORUM CERAMAH 3 MAMU 2.0]* Jom Bersama-sama ke Majlis Ihtifal Madani, Bersama Ustaz mamu kita pada ketetapan b...
18/01/2025

🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

*[FORUM CERAMAH 3 MAMU 2.0]*

Jom Bersama-sama ke Majlis Ihtifal Madani, Bersama Ustaz mamu kita pada ketetapan berikut:

📆Tarikh : 13 Feb 2025 (Khamis)
⏰masa : selepas solat maghrib
🕌tempat : dewan solat Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista

✨ *Tajuk : "Ramadhan Mendidik Hati & Peribadi"* ✨
bersama :
👳🏻‍♀️Ustaz Maulana Anuar Ibrahim
👳🏻‍♀️Ustaz Mohd Shafii Yusof Gani
👳🏻‍♀️Ustaz Mohd Firdaus Shahul Hamid

*Mengapa Anda Perlu Hadir?*

✨ *Ilmu & Inspirasi: mendengar ceramah yang menarik daripada penceramah terkenal yang akan membincangkan pelbagai isu agama dan kehidupan.*

Jangan lepaskan peluang ini! Mari kita bersama-sama memperdalamkan pengetahuan agama dan memperkukuhkan ukhuwah.

*Sila ajak rakan-rakan dan keluarga!*

✨ *JUMPA ANDA DISANA!!*

Kita hampir memasuki bulan Zulhijjah pada hari Sabtu ini, InsyaAllah. Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalend...
07/06/2024

Kita hampir memasuki bulan Zulhijjah pada hari Sabtu ini, InsyaAllah.

Zulhijjah merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah.

Untuk yang ingin melaksanakan ibadah korban pada tahun ini, kita disunatkan untuk tidak memotong rambut, kuku dan bulu-buluan di badan bermula dari 1 Zulhijjah sehingga selesai pelaksanaan haiwan korban kita.

Masih mencari platform untuk melaksanakan ibadah korban ? Jom laksanakan ibadah korban bersama kami. hubungi https://www.wasap.my/601137175905/Korban2024 .

CERAMAH KHAS :*PENGHAYATAN DARI IBADAH KORBAN*Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Atiq RomziSempena Aidiladha yang bakal tiba, k...
04/06/2024

CERAMAH KHAS :
*PENGHAYATAN DARI IBADAH KORBAN*

Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Atiq Romzi

Sempena Aidiladha yang bakal tiba, kita isi ilmu berkaitan dengan Korban supaya tidak termasuk kita dalam kalangan orang yang rugi.

*Akan dibuka tabung untuk Dana Pembinaan Surau. Boleh bawa sumbangan untuk saham akhirat kita.*

Dijemput semua anak qariah.
maghi, akhirat tak rugi

Jamuan disediakan ‼️

*JOM DAFTAR KORBAN SEKARANG*Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista Jelutong Penang akan melaksanakan ibadah korban pada tahu...
18/04/2024

*JOM DAFTAR KORBAN SEKARANG*

Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista Jelutong Penang akan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.
Satu bahagian lembu hanya RM800 dan seekor kambing hanya RM900.
Masih mempunyai kekosongan untuk slot lembu dan kambing.
Ayuh bersama kita tunaikan ibadah korban tahun ini.
Mohon share dengan ahli keluarga lain dan kenalan kita.

Maklumat lanjut sila hubungi :
www.wasap.my/601137175905/korban2024

Sepanjang 10 malam akhir Ramadan,✅Surau Al Hikam dibuka 24 jam bagi membolehkan jemaah hadir beriktikaf dan qiamullail.✅...
31/03/2024

Sepanjang 10 malam akhir Ramadan,

✅Surau Al Hikam dibuka 24 jam bagi membolehkan jemaah hadir beriktikaf dan qiamullail.

✅Jemaah dibenarkan tidur di kawasan dewan Surau Al Hikam

✅Sahur disediakan kepada semua jemaah

Assalamualaikum wbt.Untuk makluman tuan/puan, Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista akan adakan qiamulail 10 malam akhir be...
30/03/2024

Assalamualaikum wbt.
Untuk makluman tuan/puan, Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista akan adakan qiamulail 10 malam akhir bermula pada 31/3/2024 Ahad. Qiamulail akan diadakan bermula jam 4.00 pagi dan akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Elias, imam Masjid Jamek Jelutong. Dijemput tuan/puan hadir mengimarahkan rumah Allah swt. Ayuh sama-sama kita mencari lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan. Insya allah.
Harap maklum. Terima kasih.

setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, keten...
28/03/2024

setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)

21/03/2024

Assalamualaikum wbt…
Pihak surau membuka kaunter kutipan zakat fitrah & wakaf pembangunan masjid jamek Jelutong..
Kaunter dibuka setiap malam selepas isyak di Surau Al-Hikam
Kutipan dibuat oleh Amil Zakat yang dilantik oleh Zakat Pulau Pinang.
Bagi memudahkan urusan tuan/puan boleh hubungi:-
Amil Zakat En.Ilyas
012-4464804.

Address

George Town

Telephone

+601137175905

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Surau Al Hikam Taman Mutiara Vista:

Share