08/05/2024
𝗞𝗘𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥
Hidup yang sebenarnya hidup adalah kehidupan selepas kematian.
Kehidupan di akhirat, bukan kehidupan sekarang.
Kerana, Allah swt beritahu pada kita:
وَمَا هَـٰذِهِ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا لَهْوٌۭ وَلَعِبٌۭ ۚ وَإِنَّ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ لَهِىَ ٱلْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا۟ يَعْلَمُونَ ٦٤
[Surah Al-`Ankabût: 64]
"𝘋𝘢𝘯 (𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘸𝘢) 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢 𝘪𝘯𝘪 (𝘮𝘦𝘭𝘪𝘱𝘶𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘦𝘸𝘢𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢, 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘯𝘪𝘭𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵) 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘪𝘯 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘣𝘢𝘳𝘢𝘵 𝘩𝘪𝘣𝘶𝘳𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘮𝘢𝘪𝘯𝘢𝘯; 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘯𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳-𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳𝘯𝘺𝘢; 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘵𝘢𝘩𝘶𝘪 (𝘩𝘢𝘬𝘪𝘬𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘭𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵).
Sungguh. Hidup di akhirat adalah kehidupan yang sebenar-benarnya.
Kenapa?
Sebab di sana, segala nikmat tidak akan terputus.
Sentiasa berada dalam keseronokan.
Yang lebih menariknya, kita tak perlu berusaha apa pun kerana segalanya Allah swt akan tunaikan.
Tak perlu bersusah payah, cukup terlintas di hati, dapat.
Maka, inilah doa dan permintaan yang sepatutnya di minta dan diusahakan oleh orang-orang yang cerdik dan pandai.
Kehidupan yang kekal abadi dan nikmat yang berpanjangan tanpa pengakhiran.
Ruj: دعاء الأنبياء والصٰلحين -الشيخ محمد متولي الشعراوي