Lensa Cik Ly

Lensa Cik Ly One of the way to portret emotion is through photographs. We love to capture such beautiful moment developed from mood in every photos.

whatsapp 01165535854/0132995854

Hari Raya pertama… panas terik kat luar. Puas pusing cari port nak ambik gambar raya anak-anak. Dah bosan shoot dalam ru...
22/03/2026

Hari Raya pertama… panas terik kat luar. Puas pusing cari port nak ambik gambar raya anak-anak. Dah bosan shoot dalam rumah, aku merayau keliling kawasan lama.

Tiba-tiba jumpa rumah lama — rumah yang dulu abah aku sewakan pada satu keluarga Cina. Keluarga sederhana, hidup tak senang, tapi hati depa cukup besar.

Kami panggil nyonya tu Anui, suaminya Apek. Anak-anak dia Lo Pat dan Lo Pok, dengan seorang cucu Pok Leng. Depa cuma ada basikal tua, tapi tiap kali Raya, Aunty Anui mesti datang bagi kami air botol kaca F&N oren atau Sarsi, sekali dengan kuih raya dan duit raya.

Bukan setakat Raya Puasa… Tahun Baru Cina pun kami dapat angpau dan limau dari depa. Kami budak-budak ni depa layan macam cucu sendiri.

Sekarang… Anui dan Lo Pok dah pergi sebab kanser. Apek pun dah lama meninggal kerana sakit tua. Lo Pat dan Pok Leng entah di mana khabar berita.

Yang tinggal cuma rumah lama ni… ada barang-barang kenangan yang masih diam di tempatnya.

Anak-anak berdiri di tengah ruang yang bukan zaman mereka. Mereka tidak mengenali penghuni lama rumah ini, tetapi cahaya yang menyentuh wajah mereka membawa kisah yang sama — tentang kasih, kehilangan, dan masa yang terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.

Hari ni, sebab tak jumpa lokasi photshot Raya, aku ambik gambar anak-anak dalam rumah ni. Tak sangka… tempat lama ni bagi rasa yang lain. Rare, tapi penuh cerita.

Kadang-kadang gambar paling bermakna bukan tentang kemeriahan Raya, tetapi tentang masa… yang pernah singgah dan tidak kembali.

bangaukampung nelayan teluk bahang
23/01/2026

bangau
kampung nelayan teluk bahang

Address

Balik Pulau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lensa Cik Ly posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category