Bagan Serai Kampung HalamanKu

Bagan Serai Kampung HalamanKu Suara Masyarakat Keutamaan Media. Informasi Tanpa Batasan. Menyajikan semua bentuk informasi yang bermanfaat dari seluruh pelusuk Tanah Air dan Berita Global.

Ada sesetengah paparan grafik sama ada berbentuk visual mahu pun foto yang agak mengerikan atau menyinggung sesetengah pihak.Maka kami melarang anda melihatnya.Jika anda meneruskan juga maka itu adalah kehendak anda sendiri. Segala bentuk bahan artikel di dalam halaman ini adalah bersumberkan daripada crew kami sendiri melalui group Whatsapp infocrew yg di hantar kepada Admin BSKHku secara sukarel

a.Dan informasi berkaitan sesuatu artikel adalah berlandaskan kepada informasi Crew dan di kemaskini mengikut terbitan media tempatan seperti terbitan Akhbar tempatan atau Global. Pihak Kami Tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana badan/persatuan/organisasi/orang perseorangan yang mengambil foto atau artikel dari halaman kami kemudian mengolah info sendiri. Sebarang Bentuk Komen di Ruangan Komen adalah Pandangan Peribadi anda dan TanggungJawab Anda Sendiri dan Pihak BSKHku adalah tidak terlibat sama sekali dengan Pandangan Peribadi Tersebut.

Tebing Masuk Ke Kawasan KTMB Terlalu Tinggi,Rosakkan Kenderaan.Oleh - Admin BSKHBAGAN SERAI: Pengguna jalan raya mengges...
08/08/2026

Tebing Masuk Ke Kawasan KTMB Terlalu Tinggi,Rosakkan Kenderaan.

Oleh - Admin BSKH

BAGAN SERAI: Pengguna jalan raya menggesa pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil tindakan segera terhadap tebing permukaan jalan masuk ke kawasan menurunkan penumpang di Stesen KTMB Bagan Serai yang didakwa terlalu tinggi sehingga boleh merosakkan kenderaan.

Seorang pengadu mendakwa masalah itu sudah beberapa kali diadukan sebelum ini, namun sehingga kini masih belum diselesaikan.

Menurutnya, keadaan permukaan jalan yang terlalu tinggi menyebabkan kenderaan standard turut mengalami geseran pada bahagian bawah, apatah lagi bagi kenderaan yang diubah suai dengan kedudukan lebih rendah.

"Kereta standard pun boleh sangkut, apatah lagi yang 'lowered'. Harap pihak berwajib segera ambil tindakan," katanya.

Dia berharap pihak KTMB lebih peka terhadap isu itu memandangkan kawasan berkenaan digunakan orang ramai setiap hari.

Katanya, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan kemudahan awam di stesen berkenaan berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk semua pengguna.

Barang ditemui terjatuh di Parit Mentara...Diharap pemiliknya boleh segera menghubungi 01116427167.
08/08/2026

Barang ditemui terjatuh di Parit Mentara...
Diharap pemiliknya boleh segera menghubungi
01116427167.

*PERKHIDMATAN FACE PAINTING WALK IN @ HOME SERVICE* 🏠🎨 Nak nampak cantik, comel atau cool? Jom try Face Painting!πŸ’– Sesua...
08/08/2026

*PERKHIDMATAN FACE PAINTING WALK IN @ HOME SERVICE* 🏠

🎨 Nak nampak cantik, comel atau cool? Jom try Face Painting!
πŸ’– Sesuai untuk:
β€’ Birthday party πŸŽ‚
β€’ Event sekolah 🏫
β€’ Karnival 🎑
β€’ Majlis kahwin πŸ’

βœ… Cat selamat & mesra kulit
βœ… Harga berpatutan (bermula dari rm5 dan ke atas)
πŸ’¬ Jadikan hari anak anak lebih berwarna-warni🌈
🌸Mommies yang nak nampak cool comel boleh juga try face painting!

πŸŽ€Untuk majlis (random design) & (unlimited faces)
1 jam rm170
2 jam rm250

Cover kawasan Daerah Kerian dan Sekitar.

06/08/2026

PAKAR 2026 bakal berlangsung pada 7 dan 8 Ogos 2026 di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai. Karnival ini menghimpunkan peladang, agensi pertanian, usahawan agro dan masyarakat setempat menerusi pelbagai pameran, inovasi serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Antara tarikan utama ialah pameran jentera pertanian, lembu sado, loji benih padi, nurseri, kilang sawit dan Peladang Outlet. Pengunjung juga boleh menikmati Jualan Agro Madani, petting zoo, food truck, ceramah perdana, pertandingan, cabutan bertuah dan pelbagai program komuniti.

Masuk adalah percuma, dan seluruh warga Kerian dijemput hadir memeriahkan PAKAR 2026 serta menyokong industri pertanian tempatan.

🚜🌾 **ORANG KERIAN MAI KUMPUL DI SINI! JOM KE PELADANG AGRO KARNIVAL PERAK (PAKAR) 2026!** πŸŒΎπŸšœπŸ“… **7 & 8 Ogos 2026**πŸ“ **Dew...
06/08/2026

🚜🌾 **ORANG KERIAN MAI KUMPUL DI SINI! JOM KE PELADANG AGRO KARNIVAL PERAK (PAKAR) 2026!** 🌾🚜

πŸ“… **7 & 8 Ogos 2026**
πŸ“ **Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai**

✨ **PAKAR 2026** menghimpunkan peladang, agensi pertanian, usahawan agro dan masyarakat dalam sebuah karnival yang menampilkan inovasi, teknologi, pameran serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

# # 🌾 **TARIKAN UTAMA – HUB PELADANG PERAK**

🚜 Pameran Jentera Pertanian
πŸ‚ Pameran Lembu Sado
🌾 Pameran Loji Benih Padi
πŸ›’ Pameran Peladang Outlet
🌿 Pameran Nurseri & Kilang Sawit

# # πŸŽ‰ **AKTIVITI MENARIK PAKAR 2026**

🌱 Pameran Agensi & Teknologi Pertanian
πŸ›οΈ Jualan Agro Madani
🐐 Petting Zoo
πŸ” Food Truck
πŸ•Œ Ceramah Perdana
🎀 Pertandingan Bintang Peladang
πŸ”ͺ Pertandingan Ukiran Buah
⚽ Pertandingan Bola Sepak & Bola Jaring
🎁 Cabutan Bertuah

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ **Bawa keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan untuk menikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil mengenali dengan lebih dekat dunia pertanian, teknologi dan komuniti peladang.**

🎟️ **MASUK ADALAH PERCUMA!**

πŸ“’ **Warga Bagan Serai, Alor Pongsu, Kuala Kurau, Parit Buntar dan seluruh rakyat daerah Kerian, ayuh hadir memeriahkan PAKAR 2026. Mari bersama-sama menyokong industri pertanian tempatan, menghargai hasil usaha para peladang dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.**

πŸ“ **Jumpa kami pada 7 & 8 Ogos 2026 di Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.**

Pemandu wanita mohon saksi tampil bantu kesan penunggang motosikal langgar keretanya.Oleh - Admin BSKHBAGAN SERAI: Seora...
05/08/2026

Pemandu wanita mohon saksi tampil bantu kesan penunggang motosikal langgar keretanya.

Oleh - Admin BSKH

BAGAN SERAI: Seorang pemandu wanita memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas melanggar keretanya dalam kejadian di lampu isyarat Bagan Serai, berhampiran Maybank, pagi tadi.

Mangsa mendakwa kemalangan itu berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila sebuah motosikal melanggar keretanya sebelum penunggang terbabit terus meninggalkan lokasi kejadian.

Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan dipercayai melanggar lampu isyarat ketika lampu merah sebelum berlaku pelanggaran.

Sehubungan itu, mangsa berharap sesiapa yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam), ternampak nombor pendaftaran motosikal berkenaan atau menyaksikan kejadian itu tampil menyalurkan maklumat bagi membantu mengesan penunggang terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubunginya di nombor talian 0175868149

Lampu jalan rosak , pekerja kilang bimbang keselamatan ketika menunggu bas.Oleh - Admin BSKHPARIT 2: Seorang pekerja kil...
04/08/2026

Lampu jalan rosak , pekerja kilang bimbang keselamatan ketika menunggu bas.

Oleh - Admin BSKH

PARIT 2: Seorang pekerja kilang meluahkan kebimbangan apabila lampu jalan di kawasan Parit 2 dilaporkan tidak berfungsi sejak seminggu lalu, menyebabkan keadaan menjadi gelap terutama pada awal pagi.

Menurutnya, masalah itu menyukarkan pekerja kilang yang perlu keluar awal untuk menunggu bas ke tempat kerja.

β€œSudah seminggu lampu jalan tidak dibaiki. Keadaan sangat gelap pada waktu pagi ketika saya dan pekerja lain menunggu bas kilang,” katanya ketika menghubungi BSKH hari ini.

Dia berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera bagi membaiki lampu jalan berkenaan kerana keadaan gelap dikhuatiri boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk sekitar.

Katanya, tindakan segera diperlukan supaya kemudahan awam itu dapat kembali berfungsi seperti biasa demi keselesaan dan keselamatan orang ramai.

04/08/2026

TANAH SIAP KOLAM UNTUK DIJUAL – MASJID TINGGI, BAGAN SERAI

Mencari tanah kampung untuk bina rumah, kebun atau ternakan ikan?

- Keluasan 0.73 ekar
- 1 lot | 1 nama | 1 geran
- Siap kolam
- Tepi jalan kampung
- 2 km ke Masjid Tinggi
- 5 km ke Pekan Bagan Serai

Lokasi strategik, kawasan kejiranan dan kemudahan lengkap. Tanah seperti ini memang jarang ada.

Berminat? Hubungi nombor talian yang tertera dalam paparan video ini.

Motosikal hilang,jika ada sesiapa yang nampak atau tahu keberadaan motosikal ini,sila hubungi Balai Polis yang berhampir...
02/08/2026

Motosikal hilang,jika ada sesiapa yang nampak atau tahu keberadaan motosikal ini,sila hubungi Balai Polis yang berhampiran atau hubungi pemilik dinombor talian +60 16-689 0710

Lampu Jalan Hadapan Maybank Dijangka Pulih Dalam Tempoh Dua Minggu.Oleh - Admin BSKHBAGAN SERAI – Masalah lampu jalan ya...
01/08/2026

Lampu Jalan Hadapan Maybank Dijangka Pulih Dalam Tempoh Dua Minggu.

Oleh - Admin BSKH

BAGAN SERAI – Masalah lampu jalan yang tidak berfungsi di hadapan Maybank dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Pentadbir BSKH difahamkan, kerja pembaikan sedang dalam tindakan dan proses permohonan pemasangan meter elektrik baharu telah dikemukakan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Difahamkan, kelewatan berlaku susulan kemalangan yang berlaku tahun lalu sebelum pihak TNB memaklumkan bahawa meter sedia ada hilang akibat dicuri ketika kemalangan berlaku.

Keadaan itu menyebabkan permohonan akaun baharu perlu dibuat terlebih dahulu sebelum meter baharu dapat dipasang.

Bekalan elektrik juga dipotong oleh TNB sehingga proses pemasangan meter baharu selesai.

Sebelum ini, orang ramai mengadu lampu jalan di hadapan Maybank tidak berfungsi pada waktu malam sehingga menyebabkan kawasan berkenaan menjadi gelap dan membahayakan pengguna jalan raya.

Penduduk berharap kerja pembaikan dapat disiapkan mengikut jangkaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara.

Address

No 14 Parit Haji Ismail 3
Bagan Serai
34300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bagan Serai Kampung HalamanKu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bagan Serai Kampung HalamanKu:

Shortcuts

Share