Djohan Shahrin Shah

Directions Website Contact the business

Djohan Shahrin Shah Photojournalist | Photographer

This page is created as a collection of photography works. I am former photographer of Utusan, Kosmo and MalaysiaNow.

It can serve as a reference to them, who is interested in photography field. Thanks for your support!

11/09/2026
Dalam era digital hari ini visual perhubungan awam (gambar PR) bukan lagi sekadar hiasan, sebaliknya ia merupakan insrum...
11/09/2026

Dalam era digital hari ini visual perhubungan awam (gambar PR) bukan lagi sekadar hiasan, sebaliknya ia merupakan insrumen yang boleh membina atau meruntuhkan reputasi sesebuah syarikat melalui citra positif dan komunikasi pantas melalui aktiviti yang didokumentasikan.

Peranan utama gambar PR dalam dunia korporat untuk membina kredibiliti dan kepercayaan dalam ketelusan berbanding penggunaan visual stok gambar di internet atau janaan Artificial Intelligence (AI) yang bukan milik asli syarikat.

Orang ramai lebih mudah berurusan dengan individu berbanding logo korporat yang kaku. Gambar PR yang memaparkan pekerja, barisan kepimpinan, atau pengasas syarikat memberikan personaliti yang mesra kepada organisasi.

Gambar pegawai atau pekerja yang mesra semasa program komuniti atau ekspresi yang lebih fokus kepada pas**an semasa menyelesaikan masalah korporat menyampaikan nilai-nilai murni secara langsung kepada audiens

Apabila visual yang menarik dipaparkan ia memacu interaksi di dalam media sosial, hantaran yang mengandungi gambar PR yang menarik menerima kadar interaksi (engagement) yang jauh lebih tinggi (s**a, komen, dan kongsi) berbanding hantaran teks sahaja.

MENARIK MINAT PIHAK MEDIA DAN AUDIENS

Setiap hari pihak media menerima beratus emel kenyataan media, gambar PR yang berkualiti dan beresolusi tinggi disertakan dengan kenyataan media mempunyai peluang yang jauh lebih besar untuk diterbitkan, cara tidak langsung ia meningkatkan publisiti dan penjenamaan.

Sebuah foto yang menceritakan situasi atau aksi mampu menarik perhatian pembaca dengan lebih pantas berbanding teks berita yang panjang.

Syarikat korporat kini dinilai melalui sumbangan CSR mereka terhadap persekitaran dan masyarakat. Gambar PR yang merakamkan aktiviti program pendidikan, komuniti atau kelestarian menjadi bukti nyata komitmen sosial syarikat kepada pelabur dan orang awam.

Ini beberapa contoh bentuk gambar forum korporat dalam sesebuah majlis berlangsung, jika anda memerlukan khidmat professional jurugambar, boleh berhubung dengan saya melalui email [email protected]

Gambar ini milik Djohan Shahrin Shah, hak cipta terpelihara dan dilarang menggunakan imej yang dipaparkan melainkan mendapat kebenaran dari pihak saya.

Setiap tahun 19 Ogos diraikan sebagai  Hari Fotografi Sedunia, ia mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2010, masa ...
20/08/2026

Setiap tahun 19 Ogos diraikan sebagai Hari Fotografi Sedunia, ia mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2010, masa itu satu galeri foto dilancarkan dalam talian global yang pertama dimana jurugambar dari seluruh dunia berkongsi foto mereka secara serentak di pautan https://www.worldphotographyday.com/

Gambar ini dirakam secara 'Spot News', kejadian kemalangan pada tahun 2013. Seorang lelaki terbaring dan tidak sedar diri selepas dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di bawah terowong.

Ketika ini saya dari Chan Sow Lin melalui di Jalan Tun Razak menuju ke pusat bandar, keadaan lalulintas ketika itu terlalu sesak luar dari kebiasaan, dan apabila tiba dibawah terowong berhampiran persimpangan ke Bukit Bintang beberapa orang berkumpul ditepi jalan membantu mengubah laluan aliran trafik, manakala seorang warga emas terbaring di jalanraya.

Beliau pengsan, keadaan kepalanya berdarah dikelilingi ikan sungai hasil tangkapannya yang berada dalam guni berterabur dijalanraya, dan topi keledar juga berada di hujung kepala, mungkin beberapa orang yang tiba awal melihat kejadian itu telah membuka topi keledarnya. Bagaimanapun disebabkan kurang ilmu bantuan awal, mereka yang berada dilokasi tidak berani menyentuh mangsa kerana bimbang boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk sekiranya warga emas itu mengalami cedera parah.

Pengguna jalanraya yang berada dilokasi kejadian maklum telah hubungi kecemasan setengah jam lalu, namun hingga sekarang unit kecemasan belum tiba, mungkin juga unit kecemasan mengalami kesesakan.

Selepas sedikit maklumat saya perolehi baru saya mengambil gambar kejadian itu, namun tidak banyak sudut diperolehi kerana kawasan yang sempit dan aliran trafik yang sesak agak menyukarkan keadaan saya semasa itu. Saya menunjukkan seorang lelaki terbaring dijalanraya yang dikelilingi ikan bertaburan yang telah mati. Ia memberi impak apabila kelihatan darah yang mengalir dari kepala lelaki itu terkena ikan yang berterabur.

Selama 40 minit kejadian, akhirnya ambulan dari Hospital kuala Lumpur tiba memberi bantuan kecemasan kepada lelaki itu. Saya kembali ke pejabat di Chan Sow Lin menyerahkan gambar kepada editor foto untuk diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia sebagai sumber berita.

Gambar ini dipakai dibahagian atas muka hadapan Utusan Malaysia pada 3 Julai 2013 dan keesokkannya gambar yang sama diterbit di muka hadapan News Strait Times (NST) juga mengisahkan warga emas yang terlibat dalam kejadian langgar lari dan menahan kesakitan selama 40 minit sebelum menerima bantuan.

Ini antara memori saya simpan kerana mendapatkan dua muka hadapan dari syarikat penerbitan yang berbeza. Sekeping gambar yang menyampaikan seribu cerita.

Selamat Hari Fotografi Sedunia.
19 Ogos 2026

Address

Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Djohan Shahrin Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Djohan Shahrin Shah:

Shortcuts

Share

Category