27/07/2026
Viu secara rasminya pada bulan ini melancarkan siri Viu Original baharu, Cinta Dalam Sekam (Embers of The Heart) sebagai peneraju barisan kandungan Viu untuk separuh kedua 2026.
Drama romantik 12 episod ini diterajui oleh barisan pelakon pop**ar seperti Siti Khadijah Halim (From Saga With Love), Amir Ahnaf (Pabila Dia Tersenyum), Haidar Hasanudin (Lambaian Huda), Riz Amin dan Husna Mustaffa.
Berkisarkan tentang Uwan, seorang warga emas yang menghidap demensia.
Walaupun ingatan tentang kehidupan seharian kian pudar, hatinya entah bagaimana tetap terpaut pada memori tahun 1988 dan terus memanggil nama seorang gadis kampung bernama Laila.
Ketika ahli keluarganya kesuntukan masa untuk merungkai misteri di sebalik memori Uwan, mereka akhirnya membongkar sebuah kisah cinta tiga segi yang tragis serta dibelenggu rasa cemburu dan rahsia silam yang mengubah takdir hidup mereka buat selamanya.
Siri arahan Feroz Kader, pengarah Seadanya Kita, ini sudah mula ditayangkan di platform penstriman Viu 16 Julai lalu.
TONTON CINTA DALAM SEKAM DI VIU SEKARANG!