Simpan ilmu

Simpan ilmu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Simpan ilmu, Photographer, Jakarta.

29/03/2022

Al-‘Allaamah Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata,

فَإِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ، وَالْمَعْصِيَةُ تُطْفِئُ ذَلِكَ النُّورَ.

“Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya yang Allah curahkan di hati seorang hamba, dan maksiat mematikan cahaya tersebut.” [Al-Jawaabul Kaafi, hal. 52]

29/03/2022
23/11/2021
23/11/2021
05/07/2021

🌹
*AYAT AL-QURAN HARI INI*
🌹
*ISNIN*
🌹
*5 July 2021 - 26 Dhu al-Qa'da 1442*
🌹
*لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ*

🎰

*Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):*

*Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.*

*Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.*

*Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.*

*Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir*

*Al-Quran-2:286*
🌹

18/11/2020

DOA MAULANA SAAD

1. Ya Allah ampunilahu dosa-dosa kami
2. Ya Allah tutupilah kesalahan-kesalahan kami
3. Ya Allah tukarkanlah keburukan-keburukan kami dengan kebaikan-kebaikan
4. Ya Allah masukkanlah haqikat iman ke dalam hati kami
5. Ya Allah kurniakanlah sifat iman ke dalam diri kami
6. Ya Allah kurniakanlah pengikhtirafan Mu kepada kami
7. Ya Allah kurniakanlah kami hubungan yang khusus dgn Dzat Mu
8. Ya Allah Engkau adalah milik kami dan kami adalah milik Engkau
9. Ya Allah bantulah kami dengan amalan-amalan yang Engkau redhai
10. Ya Allah tetapkanlah kami di dalam amalan-amalan yang Engkau redhai
11. Ya Allah kurniakanlah kami kekuatan istikhlas dan istiqamat
12. Ya Allah satukanlah ummat ini dengan usaha dakwah
13. Ya Allah jadikanlah setiap individu ummat ini sebagai Dai agama Mu
14. Ya Allah kurniakanlah kepedihan atas keruntuhan agama di dalam hati-hati ummat ini
15. Ya Allah gunakanlah setiap kemampuan kami dalam kerja agama
16. Ya Allah gunakanlah ummat ini untuk buat pengorbanan bagi agama Mu
17. Ya Allah kurniakanlah hidayah kepada seluruh ummat
18. Ya Allah Engkaulah satu-satunya yang membuat tarbiyah haqiki hanya tarbiyahmulah yang Haqikat tarbiyah
19. Ya Allah tarbiyahlah ummat ini dengan sebaik-baiknya
20. Ya Allah kurniakanlah kami kehidupan sunnah Nabi Saw
21. Ya Allah hidupkanlah sunnah Nabi Saw pada setiap diri ummat
22. Ya Allah kurniakanlah kebencian di dalam hati kami terhadap cara hidup orang kafir dan hidupkanlah sunnah-sunnah Nabi di dalam diri kami
23. Ya Allah keluarkanlah sifat hewaniyah dan tidak berakhlak dari diri kami
24. Ya Allah kurniakanlah sifat insaniyah dalam diri kami
25. Ya Allah tunjukilah setiap individu dari ummat ini
26. Ya Allah amkanlah hidayat kepada seluruh ummat
27. Ya Allah luaskanlah jalan-Jalan hidayat
28. Ya Allah tutupkanlah pintu-Pintu bathil
29. Ya Allah hancurkanlah suara-suara bathil
30. Ya Allah gagalkanlah rancangan-rancangan bathil
31. Ya Allah peliharalah usaha-usaha agama ini, rekan-rekan usaha agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah san semua Pergerakan-Pergerakan agama yang haq
32. Ya Allah bantulah kami di dalam setiap langkah kami
33. Ya Allah tunjukilah kami di dalam setiap langkah kami
34. Ya Allah kurniakanlah taufik kepada kami untuk berbuat kebaikan-kebaikan
35. Ya Allah bantulah kami dengan usaha-usaha agama yang penting ini
36. Ya Allah kurniakan keampunan, tutupkan kesalahan dan mudahkanlah kami
37. Ya Allah kurniakanlah ihsan Mu kepada kami
38. Ya Allah mudahkanlah segala urusan kami dengan fadhilat Mu
39. Ya Allah tanamkanlah keyaqinan atas nusrah ghaibiahMu ke dalam hati kami dan Engkau turunkanlah nusrah ghaibiahMu kepada kami
40. Ya Allah dimana diperlukan hujan, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
41. Ya Allah jangan pandang ummat ini dengan pandangan murka Mu tapi pandanglah ummat ini dengan pandangan ihsan Mu
42. Ya Allah jadikan ummat ini menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukannya dan kurniakanlah taufik untuk bertaubat
43. Ya Allah jangan hindarkan rahmat dan ihsan Mu kepada ummat ini
44. Ya Allah kasihanlah dan rahmatilah ummat ini, Engkau turunkanlah hujan rahmatMu (3x)
45. Ya Allah keluarkanlah segala harapan dari dalam hati kami kepada ghairuKa, kurniakanlah kami taufik untuk mengambil manfaat secara langsung dari Dzat Mu
46. Ya Allah keluarkanlah yakin yang salah kepada makhluk dari dalam hati kami dan tetapkan kami di dalam menaati perintah-perintah Mu
47. Ya Allah kepada orang-orang yang berhutang, Engkau bantulah mereka dengan pertolongan ghaibiahMu untuk menyelesaikan masalah mereka
48. Ya Allah sembuhkanlah orang-orang yang sakit
49. Ya Allah keluarkanlah kelemahan-kelemahan zahir dan batin kami
50. Ya Allah kurniakanlah kekuatan zahir dan batin kepada kami
51. Ya Allah kepada mereka yang ada masalah dengan Mahkamah, Engkau bebaskanlah mereka
52. Ya Allah kurniakanlah fikir akhirat di dalam hati-hati setiap ummat
53. Ya Allah hapuskanlah segala kelalaian di dalam diri kami
54. Ya Allah kurniakanlah risau akhirat di dalam hati kami
55. Ya Allah dengan ihsan Mu dan rahmat Mu…
Terimalah Doa Kami ya Allah…
(ehsan dari rakan khidmat nizamuddin)

23/10/2020

DOA HARI JUMAAT

بسم لله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين

Di hari Jumaat yang mulia ini Ya Allah, bukakanlah untukku pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasih sayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan dan pintu2 syurga.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim. Jadikanlah alQuran itu penyuluh hati kami, tunjukkan lah kami jln yg benar utk kami ikuti, jelaskan perkara yg bathil agar kami jauhi, corakkan akhlak kami dgn sifat-sifat mahmudah n lindungilah kami dari sifat-sifat mazmumah, sesungguhnya Engkau Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Ghaffar, kami memohon keampunan dari segala dosa kesalahan kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami n seluruh mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat n salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga serta para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.

12/08/2020

🌺 SEDEKAH VS REZEKI 🌺

“Kdg sedekah RM1, esoknya org belanja makan.”
“Kdg sedekah RM5, tiba² saja rezeki datang.”
“Kdg sedekah RM10, tiba² terselamat dari kecelakaaan.”

Maka SEDEKAHLAH ,
Murah rezeki tak semestinya harta, panjang umur, sihat tubuh badan tu juga rezeki. ❤️

03/07/2020

LELAKI YANG AKAN DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA!!!

by Imam Muda Hilal

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik
masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...

Address

Jakarta

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Simpan ilmu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category