23/09/2022
Day 55
28 Mac 2022
Isnin
Finale Pusing Pulau Pinang (88km)
0800 tayar golek
0850. Kampung Terang. Sawah padi. Hujan renyai.
0900 mula naik bukit Route 6 Bayan Lepas.
0955 Bayan Lepas
1030 Muzium Perang Pulau Pinang.
1045 Mula lalu lorong basikal
1100 lunch
1140 tayar golek
1150 spiral bicycle lane Queensbay
1230 1st bridge
1320 Georgetown
1410 Tanjung Tokong. Solat
1455 mula naik bukit tebing Batu Ferenggi
1515 Batu Ferrenghi
1545 Teluk Bahang
1615 mula naik empangan Teluk Bahang
1715 puncak bukit
1730 tiba di Sungai Rusa
2030 gerak balik KL
0130 sampai KL
Tengah syiok tido, pagi buta kedengaran hujan lebat turun. Aku down. Walaupun dah finale. Tapi masih aku down sebab memang tak best kalau kayuh dalam hujan. Sebab utama ialah takleh tangkap gambar cantik. 😂 Aku sambung tidur balik dengan harapan pagi langit cerah.
Ternyata hampa kerana awan kelabu masih memenuhi langit Balik Pulau.
Ah, persetankan awan kelabu! ini hari finale kayuhan warisan negara aku! Berbekalkan sebiji roti seringgit Gardenia coklat dan saki baki kurma, aku mulakan kayuhan ke selatan Pulau Pinang jam 8 pagi.
*Kesilapan lawan jam*
Abang Faidzal dah nasihatkan aku untuk kayuh ikut arah jam. Tapi tu kalau aku mula dari Georgetown. Ni aku mula dari Balik Pulau. Aku psycho dengan bukit tepi rumah. "takkan awal pagi dah nak naik canak bukit Balik Pulau ni?" Maka aku gamble turun ke selatan dulu, ending di bukit Empangan Teluk Bahang.
20 minit kayuh, hujan renyai mulai turun lagi. Kelihatan macam sambungan hujan awal pagi tadi. Seperti SOP sediakala, aku berhenti seketika berteduh bawah hentian bas untuk pakai baju hujan. 40 minit jugak la hujan on off.
9am aku mula naik Route 6, jalan ke Bayan Lepas. Berbukit panjang jalan ni. Aku dah mula perasan silap aku. View banyak sebelah kanan aku. Ahhh. Cilakak. Tapi dah 20km kayuh. Takkan nak patah balik? Layan je la kan? Kata mamattakchill.
*Anjirrrr*
Turun ke Bayan Lepas, jalan besar jugak. Nak ke Muzium Perang Pulau Pinang tu, kena uturn. Aish. Malas la jauh2. Aku ambik illegal uturn angkat basikal. Jalan nak ke muzium tu mak aih. Canak2. Panjang pulak tu. Aku kayuh la sekejap dalam 300m. Tapi dekat puncak ada 1 geng anjing 5-6 ekor tengah lepak. Aku fikir2, ah malas ah nak berlawan dengan anjing2 hari last ni. Aku buat keputusan untuk berundur, turun balik.
*Masuk jalan basikal seberang jalan*
Uturn balik untuk ke jalan besar, aku nampak jalan basikal belah kanan seberang. Tapi kiri tiada jalan basikal! Lagi sekali aku maki kesilapan aku ikut lawan jam. Kat lampu isyarat, aku uturn dan angkat basikal melalui divider tepi jalan untuk ke jalan basikal. Permulaan jalan basikal ni betul2 bawah permulaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Dan naik jalan basikal aku tarik nafas lega. Boleh chill2 kayuh sambil enjoy view laut. Jam menunjukkan pukul 11am. Terik. Tapi masih awal. Ada dalam xxkm lagi. Aku lunch dan chill 40 minit.
Keadaan jalan basikal 80% cun kecuali selepas Queensbay sehingga 1st bridge sebab ada construction. Kat Queensbay tu ada jalan basikal spiral. Aku tak tahu laluan kalau naik atas tu pergi ke mana. Tapi Seingat aku, Queensbay ni tempat start Penang Marathon la.
Tibanya di Georgetown pukul 1.20pm, aku tak singgah banyak tempat sangat sebab dah sampai banyak kali melainkan aku bergambar dengan pejabat pos Georgetown sahaja sebagai kenangan poskad terakhir trip basikal aku.
Kayuhan ke Tanjung Tokong seolah lagi tenang dari hari yang aku datang pada hujung minggu trip lepas2.
Mula naik bukit tebing ke Batu Ferringhi. Dalam kepala aku jalan ni memang sempit. Tapi view cantik tepi laut. Lagi sekali, penyesalan bermain dikepala sebab lawan arah jam. Tak lama pun rupanya kayuh sini. 20 minit je. Then terus sambung ke Teluk Bahang.
Teluk Bahang aku just bergambar dengan pintu masuk Taman Negara terkecil Malaysia je. Cukup syarat dah sampai kawasan Caeq dan sekeluarga. Nak guide hutan boleh roger kakak beliau. Lepas tu minum ayaq tebu seround prepare nak naik bukit Empangan Teluk Bahang.
*Cyling up to the last hill*
Jam 1415 aku mula daki dimulakan dengan Escape Park dan Butterfly Park. Baru panas kaki nak naik bukit, ada shooting pulak. Sidai bawah panas dekat 15 minit. Jeng.
Lepas tu sambung. Bukit ni sepanjang jalan kiri kanan adalah kebun durian. Aku ambil masa 40 minit untuk ke puncak. Puncaknya ada 1 bulatan kecil. Lepas tu all the way turun selama 15 minit ke destinasi penghujung iaitu Rumah Inap Sungai Rusa, Balik Pulau jam 1730.
Pastu Caeq cakap untuk aku sampai di Seberang Perai jam 2030, aku kena gerak by 1930. Dah janji dengan Seha. Takkan nak delay pulak. Jadi cepat2 bilas dan pack barang masuk kereta.
Jam 2030 sampai di Seberang Perai, terus transfer barang masuk kereta Seha dan balik KL. Jam 0130 keesokkannya selamat sampai rumah. Dengan itu, berakhirlah perjalanan aku selama hampir 2 bulan. Lama sebab aku banyak rest termasuk kat KL 2 minggu.
Terima kasih kepada tuan rumah Penang, Caeq dan Seha sudi tumpangkan balik KL.
Begitulah berakhirnya seorang afro pusing Semenanjung Malaysia.
Tammat
Batik hensem by Kapten.batik
https://shope.ee/2KwDCh67NI
Special thanks to Arovis Travel & Tours Sdn Bhd
Kurma ajwa gemuk, sedap by Najdee Food
Logo by Julejul
Advance Lubricant by Senfineco Malaysia