04/01/2022
Yayasan AEON Malaysia (MAF) terus melebarkan sayapnya menyantuni mereka yang memerlukan, selaras dengan objektif penubuhannya menerusi program AEONBantu dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor.
MAF bersama-sama dengan lebih daripada 100 orang sukarelawan AEON telah berganding bahu dan bertungkus-lumus membantu penduduk setempat serta pengendali perniagaan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor yang terkesan dengan banjir yang telah melanda.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan selama tujuh (7) jam bermula dari 10.00 pagi. Ianya dijalankan dengan sokongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah kawal selia Leftenan Kolonel Beh Kok Yew, Pegawai Pemerintah Batalion Regimen 502 (Askar Wataniah), Kem Sungai Buloh.