29/08/2026
Dia cuma mahu melihat isterinya tidur melalui panggilan video—sebab rindu, sebab sayang, sebab jauh.
Tapi malam itu, dia bukan merakam lena isterinya. Dia terpaksa merakam sendiri saat hatinya dihancurkan.
Suara lelaki lain kedengaran dari telefon. Beberapa saat kemudian, lelaki itu naik ke katil dan memeluk isterinya yang sedang tidur.
Yang paling pahit… ketika suami di rumah menguruskan anak-anak, menjaga amanah keluarga, isterinya p**a sedang menguruskan lelaki lain.
Dia mahu menyimpan rakaman wajah isterinya ketika tidur untuk ditonton bila rindu.
Akhirnya, rakaman itu menjadi bukti bahawa orang yang paling dia percaya… adalah orang yang paling sanggup mengkhianatinya.
Kadang-kadang kita buka telefon kerana rindu, tapi yang terbuka bukan sekadar skrin—seluruh kebenaran.