Unit Kelestarian SK Seri Medan

Call Contact the business

Unit Kelestarian SK Seri Medan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Kelestarian SK Seri Medan, Seri Medan.

🌿 Selamat datang ke Dunia Lestari SK Seri Medan! 🌿
Bersama kami di Unit Kelestarian, kita tanam benih kesedaran, tuai amalan hijau dan suburkan cinta kepada alam sekitar. 🌱💚
Setiap langkah kecil membawa perubahan besar!

24/08/2026

Tahukah anda, terdapat 4 jenis sampah yang anda perlu asingkan sebelum buang? 4 jenis sampah ini adalah:

🗑️ Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh diguna semula, dikitar semula atau dikompos.
Contoh: tisu, lampin pakai buang dan sisa tercemar.

♻️ Sisa Boleh Dikitar Semula
Sisa yang boleh diasingkan dan dikitar semula.
Contoh: kertas, kadbod, kaca, plastik, tin aluminium.

🛋️ Sisa Pukal
Barang atau sisa yang terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam tong sampah.
Contoh: perabot, peralatan rumah, barang elektrik, dan dahan pokok.

🌿 Sisa Taman
Sisa yang berasal daripada aktiviti berkebun atau kawasan taman.
Contoh: daun, ranting, rumput, pokok, tumbuhan menjalar dan akar.

Tahukah anda yang pegawai SWCorp boleh membuat semakan di tong dan rumah sampah bagi memeriksa pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca di buat oleh isi rumah.

Jika gagal dilaksanakan oleh isi rumah, Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) akan dikeluarkan oleh Penguat kuasa di mana Kertas Siasatan akan dibuka untuk diberikan kompaun minimum RM50 bagi premis bertanah dan minimum RM100 bagi premis bertingkat.

Bagi premis bertanah, tindakan akan dikenakan kepada penghuni atau pemilik premis, manakala bagi kediaman bertingkat tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada Badan Pengurusan Harta Bersama (JMB).

Sekiranya kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, maka pihak SWCorp akan membawa kes ke Mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000.00.

Jadi, pastikan anda asingkan sisa sebagai rutin harian. Langkah kecil hari ini mampu memberi impak besar kepada alam sekitar untuk generasi akan datang.

🌱 PROJEK ECOBRICK SK SERI MEDAN 🌱♻️ “Satu Botol, Satu Sumbangan untuk Bumi”Unit Kelestarian SK Seri Medan sedang melaksa...
24/08/2026

🌱 PROJEK ECOBRICK SK SERI MEDAN 🌱

♻️ “Satu Botol, Satu Sumbangan untuk Bumi”

Unit Kelestarian SK Seri Medan sedang melaksanakan Projek Ecobrick sebagai usaha mengurangkan sisa plastik dan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan warga sekolah.

💚 Kami mengalu-alukan sumbangan plastik yang tidak boleh dikitar semula seperti pembungkus makanan dan beg plastik yang terdapat di rumah.

📌 Syarat sumbangan:
✅ Plastik bersih dan kering
✅ Plastik yang sukar/tidak boleh dikitar semula
❌ Tidak perlu membeli plastik baharu

Setiap plastik yang disumbangkan akan diberi kehidupan baharu melalui projek kreatif dan inovasi Ecobrick SK Seri Medan. 🌍✨

Ayuh bersama-sama kita jadikan sisa sebagai karya dan menjaga bumi untuk generasi akan datang! 💚

🌿 TAHNIAH & SYABAS WARGA SK SERI MEDAN! 🌿Alhamdulillah, sekali lagi SK Seri Medan telah mengharumkan nama sekolah dengan...
18/02/2026

🌿 TAHNIAH & SYABAS WARGA SK SERI MEDAN! 🌿
Alhamdulillah, sekali lagi SK Seri Medan telah mengharumkan nama sekolah dengan menerima Anugerah Perak Sekolah Showcase Pendidikan Kelestarian Negeri Johor 2025 🥈
Lebih membanggakan, ini merupakan tahun kedua berturut-turut kita berjaya meraih anugerah ini!
Syabas diucapkan kepada seluruh warga sekolah – barisan pentadbir, guru-guru, murid-murid serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dalam menjayakan program kelestarian 🌱
💚 Jom teruskan usaha — jangan pernah mengalah!
Setiap langkah kecil kita hari ini membawa perubahan besar untuk masa depan.
✨ Lestari Alam, Sejahtera Hidup ✨





💚

24/01/2026
24/01/2026

♻️ Jom Sokong Program Kitar Semula SK Seri Medan! ♻️
Program Kitar Semula SK Seri Medan diteruskan sebagai usaha berterusan memupuk kesedaran cintakan alam sekitar 🌱
Diharapkan program ini dapat memberi kesedaran kepada lebih ramai warga sekolah dan komuniti tentang kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
✨ Lestari Alam, Sejahtera Hidup ✨
Ayuh kita sama-sama memainkan peranan demi masa depan yang lebih hijau 💚

17/01/2026
🌱 KUTIPAN KITAR SEMULA 1.0 2026 – SK SERI MEDAN 🌱Program Kutipan Kitar Semula 1.0 telah berjaya dilaksanakan di Sekolah ...
17/01/2026

🌱 KUTIPAN KITAR SEMULA 1.0 2026 – SK SERI MEDAN 🌱

Program Kutipan Kitar Semula 1.0 telah berjaya dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri Medan pada:

📅 Tarikh: 7 Januari 2026 (Rabu)
🤝 Kerjasama: SWM Environment Sdn. Bhd.

♻️ Jumlah kutipan keseluruhan: 675 kg bahan kitar semula

Program ini bertujuan memupuk kesedaran warga sekolah tentang kepentingan amalan kitar semula serta menyokong usaha kelestarian alam sekitar. Proses kutipan berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan SWM.

Terima kasih kepada semua warga SK Seri Medan yang terlibat dan memberi sokongan. Semoga usaha kecil ini memberi impak besar kepada alam sekitar 🌍💚





07/12/2025

wah..boleh buat ni

Address

Seri Medan

Telephone

+60175280142

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Kelestarian SK Seri Medan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Unit Kelestarian SK Seri Medan:

Shortcuts

Share