17/09/2025
Tak semua "Hero" itu mestilah sado berbadan sasa...
barulah ada mata marhain yg mahu peduli, perhati, puji dan hargai...
Adakalanya...
watak2 superhero di ruangan alam realiti fana yg boleh kita sifatkan sebagai "pahlwan tidak di dendang" ini lah juga perlu di santuni dan di teladani...
Di kala kita lena mereka berjaga...
Di kala kita susah mereka berpayah...
Di kala kita selesa mereka sengsara...
Di kala kita ketawa mereka berduka...
kita rasakan masa kita lah paling berharga...
tidak mahu diganggu bila kita tidak selesa...
Namun tidak bagi mereka...
tugas dan siaga sentiasa berdiri menanti dengan selari detiknya jarum di lingkungan masa tanpa had dan ketika...
hanya kerana...
mereka2 ini mahukan kita sentiasa dalam aman, tenteram dan selesa...
mereka lah ayah, juga abang, ibu, adik, saudara dan seorang sahabat dalam kehidupan kerdil seharian di balik layar pentas dunia...
Letih dan pedih tak tersorot suluh cahaya ikut kehendak skrin kaca media maya semasa...
di panggil bila perlu...
di tinggal bila sendu...
mereka buat dengan s**a dan datangnya dengan rela...
bukan p**a mereka buat dengan duka dan datangnya dengan terpaksa...
S**a dan Rela
hanya segelintir kita yg mahu dan cuba...
Mr Viewfinder
Pas**an Bomba S**arela Saujana Utama