Puspanita KPWKM

Puspanita KPWKM Paparan informasi dan aktiviti PUSPANITA KPWKM

Tahniah Team Alpha Queens, wakil PUSPANITA Cawangan KPWKM atas kejayaan meraih tempat kelima dalam PUSPANITA Functional ...
28/08/2026

Tahniah Team Alpha Queens, wakil PUSPANITA Cawangan KPWKM atas kejayaan meraih tempat kelima dalam PUSPANITA Functional Fitness Merdeka Challenge 2026, daripada keseluruhan 43 pasukan yang bertanding! 💪🔥

Dengan catatan masa 6:15.37, setiap cabaran diselesaikan dengan penuh semangat, tenaga dan kebersamaan. Memang power Alpha Queens! 👏

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan bersama-sama memeriahkan program ini yang berlangsung pada 27 Ogos 2026 di Puspanitapuri.

Tahniah Team Alpha Queens atas pencapaian yang membanggakan! Teruskan semangat, kekuatan dan kebersamaan! 🇲🇾💪🔥



Salam Maulidur Rasul 1448H12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita meng...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H
12 Rabiulawal 1448H | 25 Ogos 2026

Semoga sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menghayati sirah dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Dengan tema “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, marilah kita memperkukuh nilai kasih sayang, kesabaran, ihsan dan kebersamaan demi kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

21/08/2026

Masa untuk hargai diri dengan diskaun eksklusif dari GohMour by MoonSoul, Muuka dan Dr. Smile!

Rutin kecantikan dan penjagaan diri kini lebih menjimatkan khas untuk ahli PUSPANITA.

Hanya pamerkan Kad PUSPANITA anda semasa pembayaran.

Tertinggal kad fizikal? Jangan risau! Anda hanya perlu tunjukkan bukti semakan keahlian secara dalam talian terus melalui handphone anda di kaunter. Mudah kan? 😉

Jom manjakan diri dan nikmati tawaran hebat ini sekarang!

SelfCare PromoAhli

JOM AKTIF, JOM SIHAT, JOM BERZUMBA! 🕺Luangkan satu jam untuk merehatkan minda, menyegarkan badan dan menceriakan hari an...
24/06/2026

JOM AKTIF, JOM SIHAT, JOM BERZUMBA! 🕺

Luangkan satu jam untuk merehatkan minda, menyegarkan badan dan menceriakan hari anda bersama Program Zumba anjuran PUSPANITA Cawangan KPWKM.

✨ Senaman yang menyeronokkan
✨ Membantu meningkatkan kecergasan dan kesihatan
✨ Mengurangkan stres serta menyuntik tenaga positif
✨ Mengeratkan silaturahim dalam suasana santai dan ceria

📅 26 Jun 2026 (Jumaat)
🕔 5.00 petang – 6.00 petang
📍 Dewan Perdana Nur, KPWKM
🏃‍♀️ Bersama Coach Affa

📢 Penyertaan adalah percuma untuk Ahli PUSPANITA KPWKM. Bayaran RM5 dikenakan kepada peserta bukan ahli.

🎯 Klik link untuk daftar
🔗https://forms.gle/Xx9MMU7tEKXwor9f8
🔗https://forms.gle/Xx9MMU7tEKXwor9f8

Selamat Hari Bapa 2026 🌟Kasih seorang ayah mungkin tidak selalu diungkapkan, namun sentiasa hadir dalam setiap pengorban...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa 2026 🌟

Kasih seorang ayah mungkin tidak selalu diungkapkan, namun sentiasa hadir dalam setiap pengorbanan, doa dan usaha demi keluarga.

Terima kasih kepada semua bapa yang menjadi pelindung, pembimbing dan sumber kekuatan buat anak-anak dan keluarga.

Selamat Hari Bapa. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan. ❤️

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448HSelamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.Kehadiran tahun baharu Islam me...
16/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh umat Islam.

Kehadiran tahun baharu Islam mengingatkan kita akan peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang penuh dengan pengorbanan, keazaman dan harapan. Marilah kita menjadikan lembaran baharu ini sebagai titik permulaan untuk memperkukuh iman, memperbaiki diri serta memperbanyakkan amal kebajikan demi mencapai keredaan Allah SWT.

Semoga tahun 1448H membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan yang baik dan kejayaan buat kita semua.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 11)

Salam Maal Hijrah 1448H
Hijrah Mencipta Perubahan, Ihsan Memperkasa Kehidupan.



✨🎭 PUSPANITA GOT TALENT 2026 🎭✨Hari ini telah berlangsung dengan penuh meriah Pertandingan PUSPANITA Got Talent 2026 anj...
11/06/2026

✨🎭 PUSPANITA GOT TALENT 2026 🎭✨

Hari ini telah berlangsung dengan penuh meriah Pertandingan PUSPANITA Got Talent 2026 anjuran PUSPANITA Kebangsaan yang mengetengahkan tema Drama Muzikal Bollywood.

PUSPANITA KPWKM turut berbangga mengambil bahagian dalam pertandingan ini bersama kontinjen-kontinjen lain dari seluruh negara.

Penyertaan dalam pertandingan ini memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada warga PUSPANITA KPWKM dalam menyemarakkan semangat berpasukan, memperkukuh kerjasama, memupuk keyakinan diri serta mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Semangat kebersamaan dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang persiapan dan persembahan menjadi satu kenangan berharga serta kebanggaan buat seluruh pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen, dedikasi dan usaha terbaik dalam menjayakan penyertaan PUSPANITA KPWKM. Penghargaan juga dirakamkan kepada pihak pengurusan tertinggi atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapan dan pelaksanaan program ini.

Turut hadir memberikan sokongan dan menyaksikan pertandingan ialah Pengerusi PUSPANITA KPWKM, Puan Hanani Sapit dan Timbalan Pengerusi PUSPANITA KPWKM, Puan Fatimah Zuraidah binti Salleh.





KPWKM
MalaysiaMADANI

🌸 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🌸Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan semanga...
31/05/2026

🌸 Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🌸

Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, keharmonian, kasih sayang dan semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Marilah kita terus menyemai nilai kemanusiaan, belas ihsan dan perpaduan demi kesejahteraan bersama.




Address

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)
Putrajaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita KPWKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puspanita KPWKM:

Shortcuts

Share