LD 360

Call Website

LD 360 Informasi • Komuniti • Semasa

17/09/2026
16/09/2026

ANWAR TEGAS: KESELAMATAN & KESUCIAN MAKKAH TIDAK BOLEH DIANCAM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah.

Menurut beliau, sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan serta kesucian kota paling suci umat Islam itu tidak boleh diterima sama sekali.

🇲🇾 Malaysia turut menzahirkan sokongan kepada Kerajaan Arab Saudi dan menghargai tindakan pantas yang diambil bagi memastikan keselamatan penduduk serta para jemaah terus terpelihara.

Anwar turut menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk tindakan yang boleh mengancam tempat-tempat suci.

Semua pihak digesa memilih jalan damai dan dialog bagi meredakan ketegangan serta mengelakkan keadaan di rantau berkenaan daripada menjadi lebih buruk.

“Keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci mesti terus dipelihara.”

— ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Malaysia

📸 Foto: AFP

16/09/2026
14/09/2026

HILUX HILANG KAWALAN, REMPUH 7 KENDERAAN — PEMANDU MAUT

Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah.

KOTA KINABALU — Seorang lelaki berusia 43 tahun maut selepas Toyota Hilux dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh tujuh kenderaan berhampiran lampu isyarat jejambat Jalan Kolam, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Bukit Padang menuju Damai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Shahrudin Mat Husain, siasatan awal mendapati Hilux terbabit hilang kawalan sebelum melanggar sebuah Ford dan motosikal, kemudian merempuh bahagian belakang sebuah Nissan Navara.

Kenderaan mangsa kemudiannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar empat lagi kenderaan.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

📌 Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memandu secara berhemah.
Sumber : info x

Mohon pemilik kenderaan ini alihkan kenderaan sebentar kerana peniaga perlu membuka booth untuk event yang sedang berlan...
13/09/2026

Mohon pemilik kenderaan ini alihkan kenderaan sebentar kerana peniaga perlu membuka booth untuk event yang sedang berlangsung.

Kalau ada yang kenal pemilik, tolong tag atau panjangkan info ya. 🙏

📍 Fajar Centre


📸haikal

03/09/2026

🔥🔥 FELDA SAHABAT 16 BAKAL DIGEGARKAN! AMENG SPRING TURUN, 60–80 VENDOR BAKAL MEMBANJIRI GEGAR SRI SEMANTAN! 🔥🔥

LAHAD DATU — Orang Felda Sahabat, KASI READY! 😱🔥 Gegar Sri Semantan bakal tiba dengan kemeriahan lebih besar, menghimpunkan puluhan vendor serta persembahan artis yang dinanti-nantikan!

🎤 AMENG SPRING TURUN FELDA SAHABAT!

Nama Ameng Spring sememangnya tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Suara yang cukup sinonim dengan lagu-lagu popular era 90-an ini bakal turun ke Felda Sahabat 16, Lahad Datu untuk bersama-sama memeriahkan GEGAR SRI SEMANTAN! 🤩🔥

Tapi kali ini, bukan persembahan artis semata-mata.

🛍️ SEKITAR 60 HINGGA 80 VENDOR dijangka membanjiri tapak acara dengan pelbagai pilihan makanan, minuman, produk, jualan dan tarikan untuk pengunjung.

Bayangkan satu kawasan dipenuhi vendor, orang ramai, hiburan dan persembahan artis — memang meriah habis bah! 🔥🔥

💥 SIAPA SEBENARNYA SRI SEMANTAN?

Di sebalik kemeriahan ini berdiri Kedai Emas Sri Semantan, sebuah jenama yang bukan sekadar menjalankan perniagaan emas, malah aktif turun padang mendekati masyarakat serta menyokong pelbagai program komuniti.

Menerusi siri Gegar Sri Semantan, pentas bukan sahaja memberi ruang kepada nama-nama legenda muzik tanah air, khususnya artis popular era 90-an, malah bakat muda dan artis generasi baharu turut diberi peluang untuk bersama-sama memeriahkan acara. 🎶

Di Sabah, komitmen Sri Semantan terhadap komuniti turut dapat dilihat menerusi sokongan kepada Sabah FC, selain penglibatan bersama masyarakat dan penyokong bola sepak tempatan. ⚽🔥

Kini, perjalanan Gegar Sri Semantan diteruskan ke Felda Sahabat 16, Lahad Datu — dan kali ini kemeriahannya dijangka lebih besar! 💥

🎤 Ameng Spring bakal turun!
🛍️ 60–80 vendor dijangka bertapak!
🍔 Pelbagai makanan & minuman!
🛒 Macam-macam produk dan jualan!
🎉 Hiburan dan kemeriahan untuk pengunjung!

📍 Felda Sahabat 16, Lahad Datu
📅 4–8 September 2026

🔥 FELDA SAHABAT, KASI READY!
GEGAR SRI SEMANTAN DAH NAK SAMPAI! 🔥🔥

👇 ORANG FELDA SAHABAT & LAHAD DATU, KAMU READY KA BELUM?

Tag geng, keluarga dan kawan-kawan kamu yang wajib turun! Jangan nanti acara sudah habis baru tanya, “Kenapa nda bagitau?” 😂🔥

03/09/2026

Bermula esok..

Address

Lahad Datu Town

Telephone

+60123456789

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LD 360 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share