29/05/2026
Malam ini, Srikandi Kelab Media Perdana Terengganu METRA berpeluang bersama warga 18 RAMD (PARA) dalam Majlis Reunion Night Welcome Home sempena Jubli Emas 50 Tahun di Kem Sri Pantai, Seberang Takir.
Terima kasih atas jemputan serta layanan yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Sebagai wartawan, peluang menyaksikan sendiri semangat perpaduan, persaudaraan dan nilai pengorbanan yang diterapkan dalam kalangan warga 18 RAMD (PARA) pastinya menjadi satu pengalaman bermakna.
Tahniah kepada seluruh warga 18 RAMD (PARA). Semoga semangat “Tangkas Berjuang” terus utuh dan kekal menjadi lambang kekuatan demi agama, bangsa dan negara.