04/06/2025
🕋 Waktu Doa Mustajab Hari Arafah 🕋
Catat elok-elok ya, ini antara waktu paling mustajab dalam setahun. Doa waktu ni… luar biasa.
📍Hari Arafah
🇸🇦 9 Zulhijjah | Khamis | 5 Jun 2025
🕰️ Zuhur Saudi: 12:22 PM
🕰️ Maghrib Saudi: 7:04 PM
🇲🇾 9 Zulhijjah | Jumaat | 6 Jun 2025
🕰️ Malaysia: 5:22 PM – 12:04 AM
Nota penting untuk yang berpuasa:
📌 Khamis (5 Jun) → Puasa Tarwiyah
📌 Jumaat (6 Jun) → Puasa Arafah (besar ganjaran dan pengampunan)
🌿 Doa Hari Arafah (Disusun semula dari sumber JAKIM):
1. Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kejayaan yang sebenar — selamat daripada api neraka dan masuk ke dalam Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkanlah aku dan ahli keluargaku dalam kalangan orang-orang yang beriman serta menerima kitab amalan dengan tangan kanan.
3. Ya Allah, kurniakanlah aku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
4. Ya Allah, satukan aku bersama Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, berikanlah hidayah Islam kepada rakan-rakanku yang belum beragama Islam dan selamatkan mereka dari api neraka.
6. Ya Allah, satukanlah aku di Syurga Firdaus bersama orang-orang yang aku sayangi keranaMu.
7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Lindungilah aku daripada kejahatan.
8. Ya Allah, terimalah amalan baikku. Gandakan pahala dan hapuskan dosa-dosaku.
9. Ya Allah, apabila aku telah tiada, biarlah catatan amalku menjadi amalan yang berterusan.
10. Ya Allah, bimbinglah aku, ibu bapaku, pasangan dan anak-anakku dengan kekuatan iman dan istiqamah.
11. Ya Allah, tempatkan aku dalam golongan yang mendapat naungan ArasyMu pada hari tiada naungan lain.
12. Ya Rabb, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan biarkan hatiku ragu.
13. Ya Allah, tingkatkanlah kecintaanku kepadaMu dan RasulMu SAW.
14. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan limpahkan rezekiMu kepadaku.
15. Ya Allah, bukakan lebih banyak ruang untuk aku berbuat kebaikan demi keredhaanMu.
16. Ya Allah, sucikanlah niatku hanya keranaMu. Jauhkan aku dari sifat riak, ujub dan bangga diri.
17. Ya Allah, jangan biarkan aku keseorangan. Kurniakanlah pasangan dan zuriat yang menyejukkan hati.
18. Ya Allah, jadikan aku insan yang sabar dan taat kepadaMu serta berbakti kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku daripada fitnah Dajjal.
20. Lindungilah aku dari azab kubur dan api neraka.
21. Ya Allah, kuatkan usahaku dalam amal jariah yang berpanjangan.
22. Berkatilah tubuhku dengan kesihatan agar aku mampu terus bersujud kepadaMu sehingga akhir hayat.
23. Ya Allah, peliharalah umat Islam daripada kezaliman dan fitnah dunia.
24. Kurniakan aku yang terbaik di dunia, yang terbaik di akhirat dan peliharalah aku daripada azab neraka.
25. Tingkatkanlah kesyukuranku kepadaMu, ya Allah.
26. Selamatkan aku daripada kemunafikan dalam apa jua bentuk.
27. Ya Allah, izinkan aku dan pasanganku menjadi tetamuMu di Tanah Suci sebelum kami dijemput pulang.
28. Lindungilah kami daripada syaitan, jin dan kejahatan makhlukMu.
29. Ampunilah dan rahmatilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka menyayangiku semasa kecil.
30. Ya Allah, bimbinglah para pemuda dan umat Islam ke jalan yang benar dan jauhkan kami daripada kekufuran, keputusasaan dan kesesatan.
31. Berikanlah kekuatan untukku bangun mendirikan solat malam dan Subuh setiap hari.
🌧️ Ya Allah, hapuskan dosa-dosa kami dan jadikanlah kami dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus.
📿 Mari kita akhiri dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
> “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.” – Hadis Nabi SAW
Kalau terasa sampai ke hati…
Tekan Share, tulis Aamiin, dan niatlah dalam hati.
🌿 “Ya Allah, sesiapa yang menulis Aamiin dan berkongsi, limpahkanlah rezeki untuknya, sihatkan tubuh badannya, dan panjangkan umurnya.”
Kun Fayakun. Aamiin Ya Rabbal Alamin.