Demi Content Walau Maruah Tergadai

Demi Content Walau Maruah Tergadai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Demi Content Walau Maruah Tergadai, Photographer, Kuala Lumpur.

Demi content, demi ramai followers walau content macam sampah, tergadai maruah dan paling membimbangkan imej Islam yang suci tercalar akibat perbuatan mereka yang jahil dalam beragama

07/10/2025
07/10/2025

Suatu aktiviti yang amat berbahaya demi content

09/07/2022

Budaya menunjuk-nunjuk kemewahan dalam media sosial hingga satu dunia tahu adalah suatu penyakit jiwa yang wajar di ubati segera

19/06/2022

Demi content, demi ramai followers walau content macam sampah, tergadai maruah dan paling membimbangkan imej Islam yang suci tercalar akibat perbuatan mereka yang jahil dalam beragama

Lapor pengamal perubatan Islam menyeleweng19 Jun 2022, 3:26 pmTAIPING: Masyarakat diseru membuat laporan kepada pihak be...
19/06/2022

Lapor pengamal perubatan Islam menyeleweng

19 Jun 2022, 3:26 pm

TAIPING: Masyarakat diseru membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pengamal perubatan Islam yang menggunakan kaedah perubatan menyalahi syariat dan akidah Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, laporan boleh dibuat kepada jabatan agama Islam negeri, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Menurutnya, laporan bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan agar individu yang terlibat dapat diambil tindakan.

“Kita berharap mereka yang beragama Islam yang tahu ada pengamal perubatan Islam yang mengunakan kaedah selain daripada bacaan ayat al- Quran seperti jampi serapah atau mantera, segera laporkan kepada agensi yang berkenaan.

“Tidak perlu menunggu kedatangan pejabat agama Islam kerana ada kalanya penyalahan perbuatan seperti ini tidak sampai ke pengetahuan mereka,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas program Jualan Bergerak Bantu Rakyàt Parlimèn Bukit Gantang di Kampung Kurnia Jaya Kamunting, dekat sini hari ini.

Menurut Idris, orang ramai yang mengetahui tentang perkara seperti itu perlu segera bertindak dengan membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya ia tidak menular hingga mendatangkan musibah kepada rakyat dan negara.

Beliau berkata, kuasa pentadbiran agama Islam adalah mengikut negeri dan masing-masing boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang menyalahi dari segi pegangan akidah dan syariat yang jelas.

“Begitu juga dengan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa negeri masing-masing. Paling penting ialah kerjasama orang ramai yang perlu menyalurkan dan membuat laporan agar perkara seperti ini dapat dibanteras,” katanya.

Semalam, M***i Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend seorang pengamal perubatan Islam melakukan kaedah rawatan imbas pesakit dari jarak jauh secara dalam talian.

Beliau berharap dapat ditetapkan hukum berkenaan perkara tersebut dan diselaraskan di seluruh negara agar tidak disalahgunakan sesetengah pihak. – UTUSAN

TAIPING: Masyarakat diseru membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pengamal perubatan Islam yang menggunakan kaedah perubatan menyalahi syariat dan akidah Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, laporan boleh dibuat kepada jabatan agam...

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Demi Content Walau Maruah Tergadai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category