Yusuf Madiii

Yusuf Madiii Nature, Landscape & Wildlife Photographer
Photo Trip Arranger
Malaysia 🇲🇾
(1)

Pantai Watu Malandong, Sumba Indonesia.Kalau ambil gambar pantai yang berombak, aku s**a waktu ombak sedang ditarik ke l...
09/06/2026

Pantai Watu Malandong, Sumba Indonesia.

Kalau ambil gambar pantai yang berombak, aku s**a waktu ombak sedang ditarik ke laut. Dia macam ada kesan ditarik halus. Kemudian aku akan pkai shutterspeed yang perlahan tapi tak terlalu perlahan seperti 1/3 atau 1/5. Nak tambahkan lagi kesan dramatik pada waktu buih ditarik ke laut tu.

📸 OPPO Find X9 Ultra

Long- Tailed ParakeetBayan Nurispecies burung nuri yang boleh dijumpai di taman sekitar Lembah Klang. Membuat sarang den...
08/06/2026

Long- Tailed Parakeet
Bayan Nuri

species burung nuri yang boleh dijumpai di taman sekitar Lembah Klang. Membuat sarang dengan mengorek lubang pohon yang dah meninggal, dia ni boleh dijumpai dalam kawanan yang bising. Lidah dia seperti lidah orang tua hahah.

📸 Sony A7iv + 400-800mm f8

Takau Hitam - KuningBlack And Yellow BroadbillBurung muka kartun ni mudah nak jumpa di kawasan pinggir hutan, lagi lagi ...
03/06/2026

Takau Hitam - Kuning
Black And Yellow Broadbill

Burung muka kartun ni mudah nak jumpa di kawasan pinggir hutan, lagi lagi berdekatan sungai. Bunyi dia kuat macam bunyi wisel. “Wew wew wew wew weww weww” gitu bunyi dia haha

📸 Sony A7iv + 400-800mm f8

The majestic couple of Wreathed Hornbills / Enggang Gunung.Wreathed Hornbill ni merupakan salah satu species burung Engg...
02/06/2026

The majestic couple of Wreathed Hornbills / Enggang Gunung.

Wreathed Hornbill ni merupakan salah satu species burung Enggang yang ada di Malaysia. Di Semenanjung, ada 10 species. Dia ni burung yang sangat besar jadi bila dia terbang akan menghasilkan bunyi “whooshh whoossh” pada setiap pergerakan sayap dia. Try la buat bunyi whoosh tu nak dengar haha.

Burung enggang sering dianggap sebagai “petani hutan hujan” kerana mereka memakan pelbagai jenis buah-buahan, kemudian membawa biji benih itu ke kawasan yang jauh sebelum melepaskannya melalui najis mereka. Dengan cara ini, mereka membantu menyebarkan benih dan mengekalkan pertumbuhan hutan hujan.

📸 Sony A7iv + 400-800 mm f8

Sedang menunggu kedatangan burung lain dari arah lain, tiba tiba dia ni yang menyinggah. Banyak kali. Gaya macam tengah ...
26/05/2026

Sedang menunggu kedatangan burung lain dari arah lain, tiba tiba dia ni yang menyinggah. Banyak kali. Gaya macam tengah buat sarang. Amek gambor dia ni dulu la.

Kelicap Mayang Kelapa
Brown-Throated Sunbird (Female)

📸 Sony A7iv + 400-800mm F8




Orang Kenyah, Ulu Baram SarawakKaum Kenyah ni banyak tinggal di daerah Belaga, Ulu Baram dan sekitar kawasan bukit & sun...
25/05/2026

Orang Kenyah, Ulu Baram Sarawak

Kaum Kenyah ni banyak tinggal di daerah Belaga, Ulu Baram dan sekitar kawasan bukit & sungai Utara Sarawak. Guide aku waktu ke air terjun 3 sisters pun memang orang Kenyah. Kaum Kenyah ni ada banyak sub kecil lagi macam Kenyah Badeng, Kenyah Lirung dan macam macam, aku pn tak ingat. Yang pasti diorang punya budaya dan adat sangat menarik.

Waktu aku ke sini, aku shoot pakai VIVO V70 FE. Dengan 200mp, aku boleh retain details dia walaupun beberapa kali crop. Ngehehe.

22/05/2026

Milkyway dekat Sumba ni kalau kau pergi pada waktu yang tepat, awan p**a tak ada memang kau boleh nampak pakai mata kasar. Dan sebab tu juga setiap photo trip aku pilih pada musim milkyway. Alang alang pergi kan so nak juga la shoot. Ni hasil aku pakai Huawei Mate80 Pro. Mudah, simple dan laju haha.


The Dancing Tree, Sumba Indonesia 🇮🇩 Pokok ni lah ikonik Pulau Sumba. Rata rata yang ikut aku ke Sumba memang nak bergam...
20/05/2026

The Dancing Tree, Sumba Indonesia 🇮🇩

Pokok ni lah ikonik Pulau Sumba. Rata rata yang ikut aku ke Sumba memang nak bergambar dengan dia je haha. Anak pokok bakau ni mulanya terkenal dalam kalangan jurugambar landscape, tapi sekarang dah makin pop**ar dalam kalangan pelancong.

Jadual aku 3 kali diubah last minute demi pokok ni disebabkan nak dapatkan pda waktu air pasang surut yang paling optimal. Kalau air terlalu tinggi atau terlalu surut, pda aku gambar kureng sikit. Kalau paras air takat betis sampai ke lutut, ha ni paling best. Sunset, sunrise atau blue sky semua best bila air pada paras yang optimal.

📸 OPPO Find X9 Ultra

Bukit Ternau, Sumba Indonesia 🇮🇩 Bukit ni memang feveret aku bila datang ke Sumba. Sunset atau sunrise dua dua cantik ta...
19/05/2026

Bukit Ternau, Sumba Indonesia 🇮🇩

Bukit ni memang feveret aku bila datang ke Sumba. Sunset atau sunrise dua dua cantik tapi aku lagi memilih ke arah sunset. Cahaya dia lebih lembut membuatkan puncak bukit ada kesan kekuningan sunset.

📸 OPPO Find X9 Ultra

Sumba Photo Trip 2026Hasil gambar trip dimana aku pakai handphone lebih banyak dari kamera. Terasa badan boleh bergerak ...
17/05/2026

Sumba Photo Trip 2026

Hasil gambar trip dimana aku pakai handphone lebih banyak dari kamera. Terasa badan boleh bergerak lagi fleksibel haha. Bag pun semakin kurang hihi

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yusuf Madiii posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yusuf Madiii:

Share

Category