Sabah Maju Jaya

Sabah Maju Jaya Official SMJ Media

07/08/2026

Sabah berselawat 2026 🤲🏻

Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, Ketua Menteri menyeru generasi muda Islam di Sabah agar menjadikan semangat hijrah s...
06/08/2026

Sempena sambutan Maal Hijrah 1448H, Ketua Menteri menyeru generasi muda Islam di Sabah agar menjadikan semangat hijrah sebagai budaya hidup dengan terus meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, sahsiah dan jati diri bagi melahirkan generasi berwibawa yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri dan negara.

Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan tekad untuk berhijrah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada kejahilan kepada ilmu, serta daripada sikap tidak peduli kepada rasa tanggungjawab demi keharmonian negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu perkembangan positif di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone)...
06/08/2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu perkembangan positif di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) dipromosikan dengan lebih berkesan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi negara asing agar mereka dapat menilai semula nasihat perjalanan ke Sabah Timur berdasarkan situasi keselamatan semasa.

Sejak Januari 2020, tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan di ESS Zone, sekali gus membuktikan keberkesanan usaha berterusan semua agensi keselamatan dalam memastikan keamanan di Sabah Timur.

Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian  Dalam Negeri dan semua agensi berkaitan bagi memperkukuh keupayaan operasi, aset, kesiapsiagaan serta kebajikan anggota keselamatan demi memastikan Sabah kekal selamat, aman dan makmur.

05/08/2026

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Negeri Sabah sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 Selangor 2026 dan Para SUKMA Selangor 2026.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke ...
05/08/2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia, TYT Ajay Sharma.

🇲🇾🤝🇬🇧

04/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI SABAH SEMPENA TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA) XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menzahirkan keyakinan bahawa kontinjen Sabah mampu mencapai sas...
04/08/2026

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menzahirkan keyakinan bahawa kontinjen Sabah mampu mencapai sasaran 40 pingat emas pada SUKMA Ke-22 Selangor 2026 hasil persediaan rapi atlet, jurulatih dan pengurusan pasukan.

Sebagai penghargaan kepada pengorbanan atlet dan jurulatih, Kerajaan Negeri meneruskan kadar insentif kemenangan yang dipertingkatkan, termasuk ganjaran RM10,000 bagi pemenang pingat emas.

Semoga seluruh kontinjen Sabah melangkah ke Selangor dengan satu hati, satu semangat dan satu matlamat, memburu kejayaan serta membuktikan Sabah mampu berdiri sebaris dengan negeri-negeri terbaik dalam arena sukan negara. 

Selamat maju jaya, Kontinjen Sabah!

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya mangsa banjir yang terjejas di dae...
03/08/2026

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya mangsa banjir yang terjejas di daerah Tawau. Diharapkan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban serta memberikan sedikit kelegaan kepada mereka dalam menghadapi saat-saat yang mencabar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua petugas pengurusan bencana yang telah bertungkus-lumus membantu mangsa banjir sepanjang kejadian ini. Jasa dan pengorbanan anda amatlah dihargai.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendidik, khususnya Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS), atas keja...
03/08/2026

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga pendidik, khususnya Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS), atas kejayaan menganjurkan Konvensyen Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Sabah dan Labuan Ke-50.

Kerajaan Negeri kekal komited memperkukuh kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), mempertingkat prasarana serta meneruskan pelbagai inisiatif bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak Sabah mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Address

Kompleks Sukan, Jalan Istiadat, Likas
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Maju Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share