26/09/2026
Menjadi sebahagian daripada kru pembikinan filem di Malaysia adalah antara cita-cita kawe sejak kecil.
Walaupun peranan kawe cuma sebagai jurugambar dan videographer di belakang tabir, pengalaman yang kawe dapat sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar pegang kamera.
Di set filem, kawe belajar tentang kerja berpasukan, disiplin, komunikasi dan bagaimana setiap orang memainkan peranan masing-masing untuk menghasilkan satu karya.
Paling menarik, kawe berpeluang bekerja bersama antara pembikin filem yang hebat di Malaysia. Dari situ kawe sedar, sebuah filem bukan terhasil daripada seorang pengarah atau seorang pelakon sahaja.
Ada ratusan orang di belakang kamera yang bekerja dalam diam , dari kamera, lighting, art department, wardrobe, sound, make-up, production, editor dan banyak lagi.
Setiap orang ada tugas. Setiap tugas ada nilainya.
Bagi kawe, berada di belakang tabir bukan bermaksud berada di tempat kedua.
Sebab dari belakang kamera itulah kawe dapat melihat bagaimana sebuah cerita dibina, bagaimana sebuah pasukan bekerja dan bagaimana sebuah karya akhirnya hidup di hadapan penonton.
Mungkin kawe belum sampai ke tahap yang kawe impikan sejak kecil.
Tapi sekurang-kurangnya hari ini, kawe sudah berada di dalam dunia yang dulu hanya kawe tengok dari jauh.
Dan perjalanan ini masih panjang.
Dari kamera di belakang tabir, kawe terus belajar tentang dunia filem, satu produksi demi satu produksi.
Semoga satu hari nanti, kawe bukan sekadar merakam cerita orang lain , tetapi dapat menghasilkan cerita kawe sendiri .
🤲🏻❤️📷🎞️