10/10/2026
Pasir Pekan FC selangkah lagi untuk menjuarai Liga Bolasepak Tumpat 2026 apabila berjaya menewaskan Padang Tembesu FC 1-0 petang tadi di Padang KTMB Tumpat.Walaupun menang tipis,skuad kendalian Noriman bin Jaafar beberapa kali mencemaskan pintu gol lawan namun ketumpulan jentera serangan gagal membuahkan gol kedua buat Pasir Pekan FC.Menanti di perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Oktober 2026 adalah juara bertahan,Nasrom FC yang terlebih dahulu mengesahkan ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut menewaskan Kedai Geting FC menerusi sepakan penalti 5-4.