02/12/2015
SHUTTER COUNT SAMPAI LIMIT 100K?
Dalam gambar ini ialah focal plane shutter mechanism yang mengawal durasi kemasukan cahaya ke sensor kamera kita. Dia ada 'curtains' yang bergerak untuk buka dan tutup. Satu cycle pergerakan dipanggil actuation. Setiap satu kali ambil gambar, kita guna satu actuation.
Kebanyakan syarikat pembuat kamera akan test ketahanan module shutter mechanism buatan dia. Selepas testing, dia bagi guarantee yang mechanism ini boleh berfungsi tanpa perlu servis, untuk 100,000 kali actuations.
Ia cuma guarantee, atau disebut 'rated' so itu macam janji biasa sahaja, bukan warranty yang kalau rosak dia ganti.
Ok, apa jadi kalau dah capai 'limit' 100,000?
Dia akan terus berfungsi macam biasa, dan risiko untuk mechanism failure itu naik tinggi. Macam bawak kereta lama-lama tanpa hantar servis, boleh je bergerak, tapi risiko untuk enjin mati tersadai tepi jalan itu lebih tinggi daripada kereta yang diservis mengikut jadual.
So, kalau rasa nak guna lagi, guna je. Ia bukan limit. Just pastikan dalam important jobs ada secondary camera. Kalau nak hantar servis pun boleh. Kamera full frame seperti 5D Mark II yang dijual pada harga sekitar RM3500 kalau hantar servis tukar shutter mechanism baru, boleh guna tanpa risau balik. Kos biasanya cuma RM700-800, bukan RM3500 macam beli kamera lagi satu.
Dalam dunia membeli dan menjual kamera terpakai, shutter count cuma unit untuk menilai tahap/durasi gunaan sesuatu kamera. Kalau shutter count tinggi, maka ia petanda tahap guna tinggi dan susut nilai harganya haruslah tinggi. Tengok harga di kedai, sc 20k mestilah mahal sikit dari sc 80k kan? Ada je orang nak kamera sc 80k sebab nak murah.
Berbaloi kah beli kamera dengan shutter count 100k? Dah faham risiko dan kelebihan kamera sc tinggi kan? I dont know. Its a risk that you would have to decide for yourself. Kalau berani, dapat tawaran harga murah, ada yang kata, why not?
Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com