InaJoren Travelog

InaJoren Travelog Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from InaJoren Travelog, Kampung Punggai.

Bila camping ni kita tak dapat lari dari makan sedap2. Camping & makan2 mmg kawan baik.  Jadi utk tambahkan kemeriahan k...
29/07/2022

Bila camping ni kita tak dapat lari dari makan sedap2. Camping & makan2 mmg kawan baik. Jadi utk tambahkan kemeriahan kita tambahkan lari supaya 3 perkara ni berkawan baik.
Camping โ›บ + makan๐Ÿœ + lari ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ= ha gitew ๐Ÿ˜†

12/06/2022

Spaghetti bolognese derhaka!
Main masakยฒ depan sungai ๐Ÿ˜
Diantara menu yg sangat mudah & cepat disediakan semasa road trip / tripยฒ mengejut.
Pastikan barang2 kering ni sentiasa ada dlm ration box. ๐Ÿ˜Š


Aziz D'Rimba Chalet&Campsite

05/06/2022

Orang kata nasi lemak KL meriah & sedap...cer kita try test...

21/04/2022

Coconut Roll Prata!

Sedikit perkongsian camper 4x4 kami
18/04/2022

Sedikit perkongsian camper 4x4 kami

Ramai yang menanyakan setting Camper 4x4 kami jadi kami luangkan masa untuk buat video ni, semoga memberi manfaat dan paduan untuk mereka yang berminat!janga...

CAMPING DI ATAS AWAN KARPET!!!TRIP B.A.S naik TRAIN Ramai orang tanya...best ke naik B.A.S??? Gila x best! Sebulan tak b...
15/04/2022

CAMPING DI ATAS AWAN KARPET!!!
TRIP B.A.S naik TRAIN

Ramai orang tanya...best ke naik B.A.S??? Gila x best! Sebulan tak boleh move on tau...hahaha... Ok...Ni sis share sikit pengalaman kami. Kalau rajin sila lah baca catatan yg agak panjang ni...๐Ÿ˜„
Trip camping & pendakian gunung kali ni sangat best...sangat menarik. Dapat rasa naik sleeper train (14jam) bersama kawan2. Dapat mandi di air terjun tertinggi di Asia Tenggara (Air Terjun Jelawang 303m). Dapat 'camping above the cloud' di Kem Baha yang terkenal dgn permandangan awan karpet....& banyak lagi lah.
Dabong terletak di daerah Kuala Krai...nun di ulu Kelantan...tempat jin bertendang. Tapi sekarang..tempat ni semakin terkenal gara2 fenomena Train To Dabong. Ada banyak lokasi menarik utk dilawati yg kebanyakannya more to nature & adventure serta tempat makan yg menarik dgn menu masakan Kelantan serta yang paling terkenal kat sini ialah mee udang. Udang galah melengkor...5 ekor besar2 dalam mangkok! Harga RM15.
Di Dabong kita akan terasa sangat dekat dgn nature. Selain mempunyai 9 puncak gunung (Gunung Kob, Baha, Stong, Che Tahir, Saji, Tera, Nyelit, Stong dan Ayam) menerusi trip Trans Jelawang serta BAS (Gunung Baha, Ayam & Stong) utk para pendaki, ada juga aktiviti caving di Kompleks Gua Ikan (ada 3 gua di sini iaitu Gua Pagar, Gua Keris & Gua Gelap..dgn fenomena 'god light'), water tubing di Sg. Kenerong, atv, abseiling & flying fox di Jelawang Pipe Resort& macam2 lagi.
10/02/2022 8:45pm kami naik train dari Kempas ke Dabong. Tiket train KTMB Ekspress Rakyat Timuran ni kena beli 1 bulan awal kalau nak ambil katil...sbb cuma ada 3 koc tempat tidur bertingkat (Sleeper Train) sahaja.
Harga Low berth (katil bawah) Rm52.00
Harga Upper berth (katil atas) Rm42.00
Pembelian secara online boleh melalui website atau boleh download app KTMB Mobile.
Perjalanan 14 jam tak terasa. Masa banyak dihabiskan bersama kawan2 di cafe. Koc cafe ada jual makanan ringan je. Roti bakar, maggi cup, nasi goreng, maggie goreng, jajan, kacang kuda, air kotak & air panas.
Utk solat mmg agak mencabar terutama utk mengambil wuduk sbb bilik air dlm toilet ni sempit & berbau. Boleh guna spray je kalau takut pakaian terkena najis. Kami solat atas katil.
Bila train masuk ke Kelantan hari dah cerah. Selesai solat subuh kami bergegas tunggu tepi tingkap & pintu utk menyaksikan pemandangan menarik gunung ganang bukit bukau, jambatan besi keretapi, sungai, perkampungan tempatan, sawah padi, stesen2 keretapi kecil dan lokomotif2 lama yang klasik. View bukit bukau paling cantik adalah di kawasan Gua Musang.
Pukul 8:30 pagi kami tiba dan abg guide sedia menunggu di Stesen Dabong. Kami jalan kaki melintasi landasan menuju ke warung di seberang landasan. Selesai sarapan kami terus naik van menuju ke Stong Resort. Sepatutnya pagi ni kami buat xtvt caving...di Komplek Gua Ikan...tapi disebabkan pengunjung yg terlalu ramai xtvt ni terpaksa dibatalkan. On the way ke Stong Resort tu kami berhenti di papan mercu tanda Gunung Stong yg merupakan salah satu intagramable port disini. Dari sini akan kelihatan air terjun tertinggi Asia Tenggara...Air Terjun Jelawang...tapi pagi tu kabus tebal menghalang pemandangan.
Tiba di Stong Resort, abg guide terus agih ration...lebih kurang 3 kg seorang. Lepas selesai baca doa & regangan kami terus naik ke Kem Baha. Perjalanan 2jam. Kami tak lalu air terjun...musim hujan...jalan licin & bahaya.
Kem Baha ni best. Sangat luas...dekat dengan air terjun. Ada tandas, paip air & surau. Ada juga perkhidmatan sewa khemah RM40 utk 3h2m...tapi tu lah...kalau nasib tak baik time hujan banjir dalam khemah...lantai khemah bocor ๐Ÿ˜…. So kalau nak glamping โ›บ macam raja kena pikul sendiri macam hamba!!!...๐Ÿคฃ
Esoknya kami mula mendaki sekitar jam 8:00 pagi. Misi 3 puncak..BAS. Dimulai dgn Baha, Ayam & Stong. Katanya tips utk tawan 3 puncak ni kena bermula dgn Baha...kalau bermula dgn Stong kebarangkalian gagal misi BAS sangat tinggi. Kem Baha ke Puncak Baha agak jauh. Namun Baha ke Puncak Ayam sekitar 20 minit. Kemudian Puncak Stong ke Kem Baha sangatlah jauh...tapi yang bestnya trek dia menurun je. Perjalanan balik ni agak mencabar...betul2 menguji ketahanan mental. 2 tahun tak menggunung...sampai kasut pun merajuk...tertanggal tapak. Tambah pulak dengan bateri lampu yg malap....bateri spare dlm beg gabak lupa nak masuk dlm bag daypack....adehhh...mental betul!. Dekat pukul 10:00 malam baru kami tiba di Kem Baha!!!. ๐Ÿ˜…
Hari ketiga kami santai2 je di Kem Baha. Train hari ni pukul 11:30 malam. Kem Baha ni sangat terkenal dengan permandangan awan karpet. Alhamdulillah rezeki kami. Pagi tu kami santai2 di tepi 'balkoni' menikmati sarapan pagi sambil menonton screen gergasi lukisan alam...subhanallah. Giler besttt...!!!
Bila matahari mula meninggi kami mula bergerak ke port sliding Air Terjun Jelawang. Tempat ni pun best. Boleh menonton pelbagai aksi berani para hikers sliding dinding air terjun. Ada yg sliding sambil berdiri dan ada yg sambil baring. Kemudian kami panjat lagi keatas menuju ke Telaga Tujuh. Uniknya tempat ni ada 7 buah kolam kecil dan ada satu lagi port air terjun yg dikenali sebagai air terjun massage! Sis dah rasa memang betul2 dia massage badan kita. Kalau yg badan kerempeng tu kena hati2 takut patah tulang kena massage!...tapi mmg syok. Tambah pulak kawasan ni redup je tak kena matahari....wp masa ni dah pukul 11:00 pagi. Haishhh...mmg syiok giler!
Ngam pukul 12:00 tengahari kami balik khemah hari pun hujan. Pukul 3:00 kami mula berkemas. Lebih kurang pukul 6:00 petang kami tiba di Stong Resort. Selesai mandi & bersihkan diri kami terus bergerak ke gerai untuk menikmati Mee Udang yg terkenal di Dabong. Rasa dia macam mee bandung pun ada jugak sikit....tapi memang mewah dgn udang galah..5 ekor!. Lepas tu kami hantar kawan yg tercedera semalam ke klinik berdekatan dan kemudian terus ke Stesen KTM Dabong...solat & lepak2 di Warung Route 66. Tepat jam 11:30 mlm train pun tiba. Alhamdulillah. Segala2 Allah permudahkan.

Video camping vlog:

TRIP B.A.S naik TRAIN Best ke naik B.A.S??? Gila x best! Hahaha...Trip camping & pendakian gunung kali ni sangat best...sangat menarik. Dapat rasa naik sleep...

Address

Kampung Punggai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when InaJoren Travelog posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share