AKU DAN LAUT

Call Contact the business

AKU DAN LAUT Love about sea, im always touch sea for my routine life. Live at sea in my work time.. im the sea man .

Just share about sea water and weather for people know how big is sea.

PELAJAR POSITIF DADAH 3 JENISSEREMBAN : Pelajar lelaki sekolah menengah yang dikaitkan dengan video tular memaparkan ber...
05/11/2026

PELAJAR POSITIF DADAH 3 JENIS

SEREMBAN : Pelajar lelaki sekolah menengah yang dikaitkan dengan video tular memaparkan berada dalam keadaan khayal di dalam kelas didapati positif tiga jenis dadah menerusi ujian saringan awal air kencing.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pelajar berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut selepas pihaknya menjalankan siasatan susulan penularan video itu di Threads.

Sumber Harian Metro





KERAJAAN PERLU 40 BILION Kerajaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM40 bilion setahun bagi menampung subsidi bahan ...
05/11/2026

KERAJAAN PERLU 40 BILION

Kerajaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM40 bilion setahun bagi menampung subsidi bahan api, termasuk memastikan harga petrol RON95 kekal pada RM1.99 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga minyak di Malaysia ketika ini antara yang paling murah di dunia, malah lebih rendah berbanding kebanyakan negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi dan Qatar.

Menurutnya, hanya Brunei menawarkan harga sedikit lebih rendah berbanding Malaysia.

Beliau berkata, pemberian subsidi itu merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai menghargai kepercayaan rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negara.





𝗦𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡, 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦! 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗦 𝗥𝗠𝟳𝟬𝟬TAWAU – Ingatkan pelanggan biasa yang datang mahu m...
05/11/2026

𝗦𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡, 𝗥𝗨𝗣𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦! 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗥𝗩𝗜𝗦 𝗦𝗘𝗞𝗦 𝗥𝗠𝟳𝟬𝟬

TAWAU – Ingatkan pelanggan biasa yang datang mahu mendapatkan perkhidmatan, rupa-rupanya anggota polis yang sedang menjalankan operasi!

Seorang wanita warga China ditahan selepas disyaki menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM700 di sebuah pusat terapi dan urutan di Tawau, malam tadi (4 November).

Wanita berkenaan dipercayai menawarkan perkhidmatan tersebut kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan sebelum pihak polis mengambil tindakan.

Susulan penahanan itu, wanita terbabit dibawa ke Mahkamah Tawau hari ini (5 November) bagi permohonan reman.

Mahkamah membenarkan wanita berkenaan direman selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut.

Kes masih dalam siasatan dan wanita terbabit belum disabitkan dengan sebarang kesalahan.





POTENSI 59.5 BILION KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana M...
04/11/2026

POTENSI 59.5 BILION

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 lawatan rasmi serta misi perdagangan dan pelaburan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilaksanakan melalui agensi perdagangan selain pelaburan dari 2025 sehingga September 2026.
Menurut Kementerian Pelaburan,
Perdagangan dan Industri (MITI), pelaksanaan berkenaan diadakan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Perbadanan Pembangunan
Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta merekodkan potensi pelaburan berjumlah RM59.5 bilion.

Pecahan potensi pelaburan tersebut melibatkan RM14.2 bilion telah mendapat kelulusan dan RM45.3 bilion masih dalam pelbagai peringkat rundingan dan disusuli secara berterusan, tambah MITI
"Bagi persoalan mengenai pecahan pelaburan yang telah direalisasikan, dimaklumkan bahawa sesebuah projek biasanya mengambil masa di antara 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan, bergantung kepada skala dan kompleksiti projek serta keadaan ekonomi semasa," jelas MITI dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen.

Tambahnya, MIDA akan terus melaksanakan tindakan susulan, pemantauan dan pemudahcaraan bagi memastikan potensi pelaburan yang dikenal pasti dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek sebenar dalam negara

Dari sudut perdagangan, MITI memaklumkan lawatan rasmi antaranya ke Kenya, Brazil, United Kingdom, Turkiye, Jepun, Itali, Perancis, Korea Selatan, China, Thailand, India dan Russia, telah membuahkan hasil yang positif dengan nilai eksport sebanyak RM6.77 bilion yang dijana menerusi libat urus peringkat tinggi.
"Selain itu, MATRADE juga terus mempelbagaikan promosi eksport ke pasaran baharu di rantau Asia Tengah, Afrika dan Amerika Latin.
Bagi tempoh dari Januari sehingga September 2026, ketiga-tiga rantau terbabit secara kolektif mencatatkan kenaikan eksport sebanyak 23.06 peratus kepada RM69.84 bilion," menurut kementerian itu.
MITI memaklumkan, pasaran yang mencatatkan pertumbuhan dua digit terdiri daripada Namibia (meningkat 426.1 peratus), Angola (meningkat 55.6 peratus), Brazil (meningkat 41.0 peratus), Tanzania (meningkat 35.9 peratus), Ethiopia (meningkat 28.5 peratus) dan Kenya (meningkat 11.6 peratus).

-BERNAMA





SINDIKET R0K0K H4RAM: DATUK DISYAKI SALUR RASUAH RM1 JUTA KEPADA POLISBayangkan kegiatan penyeludupan r0k0k haram yang d...
04/11/2026

SINDIKET R0K0K H4RAM: DATUK DISYAKI SALUR RASUAH RM1 JUTA KEPADA POLIS

Bayangkan kegiatan penyeludupan r0k0k haram yang dipercayai dilindungi melalui wang rasuah bernilai RM1 juta.

Terbongkar apabila SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pemilik syarikat bergelar Datuk, bersama seorang guru tuisyen dan pegawai pemasaran yang dipercayai menjadi orang tengah sejak 2020.

Lebih mengejutkan, empat kereta mewah bernilai RM600,000 disita, manakala 29 akaun bank bernilai RM1.5 juta dibekukan.

Ketiga-tiga svspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Kes ini sekali lagi membuka persoalan sejauh mana kegiatan h4ram boleh bertahan apabila rasuah dipercayai menjadi pelindungnya.





RM 1800.00 KAYA CEPATSindiket Seludup Migran Tawar Laluan Masuk Malaysia, Caj Hingga RM1,800SABAK BERNAM – Sindiket peny...
03/11/2026

RM 1800.00 KAYA CEPAT

Sindiket Seludup Migran Tawar Laluan Masuk Malaysia, Caj Hingga RM1,800
SABAK BERNAM – Sindiket penyeludupan migran yang mengenakan bayaran sehingga RM1,800 seorang untuk masuk ke Malaysia terbongkar menerusi Op Pintas pada Ahad.

Serbuan di tiga lokasi membawa kepada penahanan 36 individu, termasuk 25 warga Indonesia dan 12 individu yang dipercayai bertindak sebagai transporter.

Sindiket dipercayai menggunakan laluan tidak diwartakan untuk membawa migran masuk dan keluar negara, manakala transporter mengenakan bayaran bermula RM500 bagi perjalanan ke Lembah Klang.

Polis turut merampas 11 kenderaan, 13 telefon bimbit serta wang tunai RM4,930. Kes disiasat mengikut Akta ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63.





MALAYSIA SERANGAN SIBER ? Ancaman Serangan Siber & Isu Palestin (BETUL):​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meman...
03/11/2026

MALAYSIA SERANGAN SIBER ?

Ancaman Serangan Siber & Isu Palestin (BETUL):
​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang ada menegaskan bahawa Malaysia berhadapan dengan potensi ancaman siber dan keselamatan disebabkan pendirian tegas negara dalam menyokong isu Palestin serta pelaburan pesat dalam infrastruktur digital/pusat data.
​Beliau mengesahkan perkara ini berdasarkan maklumat risikan keselamatan negara.
​Kekuatan Pusat Data & Perbandingan dengan Eropah (SALAH / DITAFSIR KELIRU):
​Ayat Keliru: "kalau dalam angka terakhir kekuatan kita itu boleh menyaingi Eropah."
​Fakta Sebenar: Malaysia tidak pernah mendakwa atau mengatasi keseluruhan benua Eropah dari segi kekuatan digital secara menyeluruh. Apa yang dimaksudkan dan dilaporkan oleh Kerajaan serta agensi analisis industri (seperti DC Byte dan Structure Research):
​Malaysia — khususnya Johor (Iskandar Puteri/Kulai) dan Lembah Klang — merupakan pasaran pusat data (data center) yang paling cepat berkembang di rantau Asia Pasifik.
​Dari segi kadar pertumbuhan (growth rate) dan kapasiti baru yang dibina, pasaran pusat data di Johor telah melepasi atau menyaingi hab pusat data utama Eropah (seperti kawasan FLAPD: Frankfurt, London, Amsterdam, Paris, Dublin) dari sudut kadar kepesatan pembangunan pelaburan baharu, bukannya saiz keseluruhan ekosistem digital Eropah secara total.
​Maklumat Penuh Mengenai Isu Ini
​1. Mengapa Malaysia Menjadi Sasaran Serangan Siber?
​Kedudukan Geopolitik & Pendirian Tegas: Malaysia lantang di pentas antarabangsa membela nasib rakyat Palestin. Ini mendedahkan negara kepada ancaman kumpulan penggodam (hacktivist) serta entiti siber asing yang bertindak atas motif politik/geopolitik.
​Tumpuan Pelaburan Digital: Malaysia kini menjadi Hab Pusat Data Rantau Asia Tenggara hasil pelaburan bilion ringgit daripada gergasi teknologi dunia seperti Google, Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Nvidia, dan Vantage Data Centers. Semakin besar infrastruktur digital sesebuah negara, semakin tinggi risiko dan sasaran serangan siber (seperti Ransomware, DDoS, dan pencerobohan data).
​2. Ulasan Kerajaan & Langkah Keselamatan
​Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan menerima laporan risikan berkala berhubung ancaman siber ini, namun butiran spesifik (seperti identiti pihak penyerang atau sasaran khusus) tidak boleh didedahkan atas faktor keselamatan nasional.
​Tindakan Negara:
​Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854): Dikuatkuasakan untuk mengukuhkan pertahanan siber negara, terutamanya bagi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) seperti sektor perbankan, tenaga, kesihatan, dan perkhidmatan kerajaan.
​Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA): Mempertingkat pemantauan 24/7 dan kerjasama antarabangsa bagi menyekat sebarang cubaan menceroboh rangkaian pusat data dan sistem kerajaan.





03/11/2026

MANGSA ORG TUA kes kecurian rantai emas oleh seorang menyamar sebagai JNT .
kejadian baru berlaku mohon share kepada keluarga untuk kita sama- sama berjaga untuk keselamatan bersama.





03/11/2026

SUAsana angin timur di perlis
angin yang kuat dan suasana yang tenang.

KAJIAN LEBIH Pemeriksaan terhadap semua pusat penyembelihan ayam di Selangor akan dipertingkatkan bagi memastikan pengus...
02/11/2026

KAJIAN LEBIH

Pemeriksaan terhadap semua pusat penyembelihan ayam di Selangor akan dipertingkatkan bagi memastikan pengusaha mematuhi piawaian halal dan tidak menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu susulan pendedahan mengenai sebuah pusat penyembelihan ayam di Puchong yang beroperasi tanpa sijil halal.

Menurut beliau, pemantauan perlu dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, jabatan agama Islam negeri serta agensi penguat kuasa.

Beliau turut meminta orang ramai membuat aduan sekiranya mengesyaki terdapat pusat penyembelihan yang beroperasi tanpa mematuhi piawaian halal.

Amirudin juga menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap pengusaha yang didapati melanggar undang-undang.

Sebelum ini, seramai 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan ditahan dalam serbuan menerusi Op Taring Chiller di sebuah gudang pemprosesan dan penyembelihan ayam di Puchong.

Rujukan: Kosmo





Address

Ipoh
3200

Telephone

+60185767679

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKU DAN LAUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AKU DAN LAUT:

Shortcuts

Share

Category