10/09/2026
Flat Hijau Putrajaya Digempur Imigresen
π¨ Bila satu kawasan kediaman sudah terlalu lama menjadi perhatian, akhirnya operasi besar-besaran dilancarkan.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur Flat Hijau, Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya pada 9 September 2026 susulan aduan dan maklumat awam mengenai kehadiran warga asing yang tinggi.
Seramai 740 individu diperiksa dan 325 warga asing ditahan β terdiri daripada 270 lelaki dan 55 wanita berusia 18 hingga 56 tahun. Mereka termasuk warga Indonesia, Bangladesh, Pakistan, India, Nepal dan Thailand. Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada dokumen atau pas sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas.
Operasi itu melibatkan 127 pegawai JIM, dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.
Persoalannya, bagaimana keadaan seperti ini boleh berlarutan sehingga memerlukan operasi sebesar ini?
Adakah selepas ini penguatkuasaan akan lebih kerap dilakukan di kawasan kediaman yang menerima banyak aduan?