20/03/2022
PETUAH UNTUK MENJADI WANITA CANTIK
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuak Azan Subuah.
2. Sabaik bangun tidur, sabolun manggosok gigi, minumlah 1 galeh air putiah bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuak sakatiko dan bacokan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan manghabiskan sagaleh ayia tersebut
3.Sawaktu mambasuah muko di awal pagi atau satiok kali mambasuah muko,tadah air ditapak tangan sambia bacokan Selawat Nabi 3x, hembuskan pado ayia dan usapkan ayia tersebut ka wajah bermulo dari dagu menaik ke atas hinggo ke dahi, ulang usapan ini sabanyak 3 x. Jangan basuah muko barmula dari dahi turun ka dagu karano ini menyebabkan muko capek berkedut.
4. Salopeh solat Subuah, bacolah Surah Yusuf, kamudian teguk sabanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Salepeh solat Isya', amalkan baco Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hinggo 38 sabanyak 7 x, ditiupkan pado sagaleh air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sabolun jirusan partamo ayia ka badan sawaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sabaiknyo minum air kosong 1 gelas 30 minit sabolun makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan mambaco Al-Quran dengan niat ikhlas karano Allah SWT
9. Pabanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, parbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'
Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.
Alhamdulillah ❤️
--
PETUAH UNTUK MENJADI WANITA CANTIK
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in shaa Allah kelihatan 'cantik'
Cantik bagaimana?
Cantik 'hati', cantik jiwa, roh, wajah dan perasaan.
Alhamdulillah ❤️